• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Transit Tenggiling Seludup

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN: Malaysia menjadi lokasi transit bagi aktiviti penyeludupan hidupan liar khususnya tenggiling, sebelum haiwan itu dipasarkan ke beberapa negara lain.

Ketua Pengarah Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya percaya aktiviti penyeludupan itu membabitkan sindiket yang berlainan.

“Kita dapati murai batu banyak diseludup ke Indonesia manakala tenggiling pula diseludup dari Indonesia ke Malaysia sebelum dihantar ke negara lain seperti China dan Vietnam.

“Kita percaya bahawa ketua sindiket di Malaysia tidak ramai dan kita bersama beberapa agensi akan berusaha mengesan dan menangkap mereka.

“Tahun lalu, kita berjaya melupuskan sebanyak dua tan tenggiling yang dirampas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Antara hidupan liar dan organ lain yang diseludup ialah burung murai batu, kijang dan gading gajah.

Terdahulu Abdul Kadir menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, seramai 127 pemburu haram ditahan menerusi 11 siri OBK yang dijalankan pada tahun ini di seluruh negara manakala sebanyak 69 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan jenayah juga sudah dibuka.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil operasi rondaan di lapangan yang membabitkan beberapa agensi termasuk PERHILITAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kastam Diraja Malaysia.

Berbanding dengan tempoh dua tahun lalu iaitu sebanyak RM4.25 juta, tahun ini mencatatkan jumlah sitaan paling besar iaitu RM31.86 juta.

“Selain itu sebanyak 293 jerat hidupan liar turut dimusnahkan serta 2,352 lain-lain kesan pemburuan dan

pencerobohan berjaya direkodkan.

“Seramai 127 pesalah ditahan yang mana 117 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan 10 warga asing,” katanya lagi.

BHonline-

Tags: penyeludupan haiwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

India Catat 6,990 Kes COVID-19 Baharu, Terendah Dalam Tempoh 551 Hari

Next Post

Hukum Makan Sushi, Sashimi Harus, Dibenarkan

Related Posts

No Content Available
Next Post

Hukum Makan Sushi, Sashimi Harus, Dibenarkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd