• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tempah 87.9 Juta Dos Vaksin COVID-19

oleh
02/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Fasiliti COVAX dan secara rundingan terus dengan beberapa pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.64 bilion merangkumi kos dan logistik vaksin.

Beliau berkata perincian perolehan vaksin COVID-19 adalah AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX sebanyak 6.4 juta dos, Pfizer & BioNTech (44.8 juta dos) dan AstraZaneca/University of Oxford (6.4 juta dos).

“Selain itu, Sinovac membabitkan 20.4 juta dos, CanSino (3.5 juta dos) dan Gamaleya (Sputnik V) sebanyak 6.4 juta dos,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang meminta kerajaan memperincikan jumlah kos dibelanjakan bagi perolehan vaksin COVID-19.

Khairy bagaimanapun berkata, bagi Gamaleya, ia tertakluk kepada kelulusan pendaftaran vaksin yang diterima daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

“Memandangkan kerajaan terikat dengan Non Disclosure Agreement (NDA) iaitu syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin, maklumat terperinci setiap perjanjian tidak boleh didedahkan termasuklah harga vaksin.

“Bagaimanapun, kos perolehan bagi setiap jenis vaksin dijelaskan dalam Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dijalankan sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan turut menerima sumbangan vaksin daripada beberapa negara.

Jepun menyumbangkan 998,499 dos AstraZeneca, Amerikat Syarikat (1,000,350 dos Corminaty), China (500,000 dos CoronaVac) dan United Kingdom (415,000 dos AstraZeneca).

“Dalam usaha untuk sama-sama meringankan beban dan kesukaran dalam menghadapi pandemik COVID-19, Kementerian Luar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Jun lalu menyumbang sebanyak 50,000 dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Bosnia,” katanya. – BH Online

Tags: CovaxKKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Bukan Mahu Menang, Tapi Lemahkan UMNO – Razlan

Next Post

Kes Kematian Zulfarhan, 6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

Kes Kematian Zulfarhan, 6 Tertuduh Terlepas Hukuman Gantung

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd