• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIWP Peruntuk RM3 Juta Bantu Asnaf,Usahawan Depani Pandemik

oleh Mohd Arshad
16/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memperuntukkan RM3 juta bagi membantu usahawan dari golongan asnaf bagi mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Ia dilaksanakan di bawah program Musa’adah Tijariyyah 2.0 dan Inspirasipreuner.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata bantuan itu akan memberi manfaat kepada 1,000 penerima yang layak selain sebahagian usaha untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan dan berubah sebagai pembayar zakat.

“Pagi ini kita telah dapat untuk sama-sama dengan penerima Musaádah Jarriyah 2.0 yang merupakan sebahagian daripada penerima yang telah pun dapat kita beri kepada mereka.

“Inisiatif ini, bukan hanya membantu asnaf dengan memberi bantuan bersifat “ikan” sahaja, bahkan memberikan mereka “joran” atau “kail” yang kita harapkan dapat membela rakyat terutamanya kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya ketika merasmikan kedua-kedua program tersebut di ibu negara pada Isnin.

Beliau menambah, tempoh pelaksanaan bantuan itu bermula 14 Oktober sehingga 18 November 2021 dan terdapatnya peningkatan sebanyak lapan peratus dalam pelaksanaan aktiviti zakat berbanding tahun lepas meskipun rakyat terpaksa berhadapan wabak membawa maut, COVID-19.

“Sebagaimana kita sedia maklum, impak COVID-19 ini turut terkesan kepada kumpulan M40 yang tidak terkecuali sehingga ada terpaksa menghadapi realiti bahawa mereka kini di bawah kumpulan B40.

“Jadi atas rasa prihatin, khususnya di kalangan peniaga dan usahawan kecil ini menyebabkan kita telah mengambil inisiatif memberikan satu peruntukan kepada mereka untuk memulakan kembali perniagaan atau menambah lagi modal pusingan perniagaan.

“Sebelum ini, program Masaádah Jarriyah 2.0 ini hanyalah seramai 700 orang namun kita pertingkatkan kepada 1,000 orang atas permohonan dan permintaan orang ramai.Inilah antara inisiatif yang kita mahu berikan kepada rakyat di negara ini buat meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya lagi.

Selain itu, pihak (YaPIEM) turut mengendalikan kursus transformasi minda kepada para usahawan sebagai salah satu cara untuk mereka menambah ilmu sekali gus mengilap bakat atau potensi dalam dunia perniagaan.

“Tidak terhenti sekadar modal, sebagai nilai tambah kepada bantuan modal yang diberikan, penerima inisiatif ini juga akan diberikan kursus transformasi minda yang menjadi syarat sebelum bantuan disalurkan.

Ini adalah salah satu cara untuk mereka membuat persediaan dan perancangan sebelum memulakan perniagaan,” katanya.

Di samping itu beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang menunaikan zakat kepada MAIWP dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP kerana tanpa komitmen tersebut program ini tidak dapat dilaksanakan secara optimum dan menyeluruh.

Turut hadir Ahli MAIWP, Dr Yusri Mohamad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mahadi Sukarno, Ketua Pengarah YaPEIM, Rizal Sheriff dan Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan YaPEIM, Parihah Hasan.

Sebelum ini program Musa’adah Tijariyyah 1.0 telah dilancarkan pada bulan Mac 2021 yang telah berjaya menyantuni seramai 1,057 orang usahawan dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.17 juta.

-Awani

Tags: MAIWPpandemikusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jho Low Beritahu Najib Jangan Cakap Banyak Ke Juruaudit – Saksi

Next Post

DBKL Buru Penyewa PPR Degil

Related Posts

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

MAIWP Terkejut Aduan Keluarga Susah Tapi Tinggal Di Kondo Mewah

01/09/2022
0

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menegur tindakan golongan yang berada dalam kesempitan supaya bersikap bijak menyesuaikan...

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

Next Post

DBKL Buru Penyewa PPR Degil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd