• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Bukan Macam Dr M, PN Takkan Tipu Rakyat

oleh Cj Mnh
12/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berjanji bahawa gabungannya tidak akan mengikut jejak Dr Mahathir Mohamad dalam hal mengenai manifesto.

Kenyataan itu hadir ketika PN dijangka mengumumkan manifesto pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Ahad ini.

Muhyiddin menyorot bahawa Mahathir, ketika menjadi perdana menteri untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020 telah berkata bahawa manifesto “bukan kitab suci”.

“Kita bukan Pakatan Harapan. Zaman PH, mereka janji bulan dan matahari tetapi kemudian Dr Mahathir kata manifesto tidak perlu dipatuhi.

“Kami tidak akan tipu rakyat Malaysia. Apabila kami telah membuat janji, kami akan menunaikannya. Agama kami menuntutnya,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Bemban, Melaka untuk memerhatikan operasi kempen PN.

Bagi tujuan ini, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa penyelia mungkin ditubuhkan untuk memastikan PN menunaikan janji jika menang dalam pilihan raya Melaka.

“Kami akan membentangkan manifesto kami yang sudah sedia dan membuktikan komitmen kami,” katanya.

Muhyiddin mengulangi komitmen PN untuk dasar antirasuah.

“Ini adalah prinsip kerajaan PN (persekutuan) semasa saya memimpinnya dan saya mahu mengulanginya supaya Melaka maju dengan kerajaan yang telus, prihatin, menolak salah guna kuasa dan memerangi rasuah,” katanya.

Muhyiddin dalam sidang akhbarnya juga terus merungut mengenai larangan menyeluruh terhadap kempen fizikal, sambil menambah bahawa dia telah bercakap dengan Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai perkara itu.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Majlis Pemulihan Negara Covid-19, maklum dengan kebimbangan Khairy.

Dia juga menyatakan bahawa peningkatan nilai R-naught atau kadar kebolehjangkitan kepada 1.0 semalam adalah isyarat yang membimbangkan.

Bagaimanapun, dia berkata prosedur operasi standard (SOP) membanteras Covid-19 tidak seharusnya sehingga menjejaskan demokrasi.

“Aktiviti sosial dibenarkan tetapi aktiviti politik tidak. Covid-19 tidak memilih antara acara sosial dan politik, katanya sambil menambah bahawa perkara yang penting adalah semua orang mematuhi SOP.

Dia juga mendedahkan bahawa salah satu pusat operasi pilihan raya PN telah dilanda Covid-19 dan ia segera ditutup dan kerja pembersihan sudah dijalankan.

“Kami akan patuh kepada SOP. Jika ada kejadian, kami akan bertindak tetapi kerajaan tidak harus menyekat sehingga tidak ada demokrasi. Saya tidak fikir itu adalah niat kerajaan,” katanya. -MALAYSIAKINI

Tags: muhyiddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lepas Dicabar, Muhyiddin Gelar Shahrir ‘Bodoh’

Next Post

Memalukan – Ekonomi Kita Sahaja Yang Menguncup

Related Posts

Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama

Mahkamah Benar Kes Salah Guna Jawatan, Ubah Wang Haram Muhyiddin Dibicara Bersama

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga pertuduhan...

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

‘Muhyiddin Hanya Ada 105 SD, Tak Cukup Kerusi’ – Zahid Hamidi

22/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri...

Next Post

Memalukan - Ekonomi Kita Sahaja Yang Menguncup

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd