• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Wajar Pertimbang Kenaikan Elaun OKU – Ras Adiba

oleh Mohd Arshad
06/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH : Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menaikkan elaun golongan orang kurang upaya (OKU) bagi membantu mengurangkan bebanan kos hidup mereka terutama kepada individu yang tidak dapat aktif bekerja.

Malah, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi merangkap ahli Dewan Negara berkata, cadangan itu juga sering dikemukakannya, ketika berada di persidangan Dewan Negara.

“Sebenarnya sejak saya jadi Senator saya selalu memperjuangkan elaun OKU dipertingkatkan kerana kos seharian amatlah tinggi, jadi saya pohon kepada kerajaan mempertimbangkan agar ia dapat dinaikkan, mungkin boleh naik lebih sedikit.

“Namun begitu, banyak lagi peruntukan dalam Bajet 2022 untuk golongan ini yang telah dipertingkatkan,

Alhamdulillah, tetapi saya akan terus usaha supaya sahabat kita dapat merasai kenaikan elaun dalam memudahkan keadaan mereka,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program cabaran OKU ke Bukit Sikai, di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu berkata, golongan OKU juga perlu berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain semata-mata dalam memperbaiki kehidupan mereka.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 pastinya memberikan kesan terhadap kehidupan mereka, namun beliau meminta golongan berkenaan untuk tidak berputus asa dan sentiasa menjadikannya pembakar semangat untuk lebih kuat, sekali gus menjadi suri teladan kepada anak-anak dan generasi akan datang.

“Saya sarankan untuk semua OKU untuk bekerja sendiri, jangan terlalu mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, perlu berusaha memperbaiki diri dan menjana pendapatan, kita tidak mahu orang memberi terlampau banyak simpati kerana kita ada maruah dan berupaya seperti mereka yang tidak OKU,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai program hari ini, beliau menyifatkan ia sebagai aktiviti yang mampu memberikan pemahaman kepada golongan OKU bahawa tiada sebarang halangan dan had untuk melakukan apa sahaja sekiranya memberikan fokus dan berusaha sama seperti individu normal lain.

Katanya, program seumpama itu merupakan platform kepada kumpulan berkenaan bagi merapatkan silaturahim antara rakan lain sekali gus bertukar fikiran dan menghargai sekeliling tanpa mengira kekurangan.

“Kepada sahabat OKU, saya sarankan kepada anda semua untuk keluar bersama-sama rakan OKU lain bagi memperbaiki kemahiran sedia ada dan sekiranya tidak mempunyai sebarang kemahiran inilah waktu cuba mengikuti aktiviti, kursus atau seminar, sama ada secara dalam talian atau bersemuka,” katanya.

Program cabaran OKU ke Bukit Sukai hari ini disertai lebih 40 peserta termasuk pengiring, yang merupakan program kedua selepas Bukit Taisho tahun lepas anjuran Raja Bersiong Adventure Team untuk menawan gunung di Negeri Sembilan dengan menaiki kereta pacuan empat roda.

-Awani

Tags: elaun OKURas Adiba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd