• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kartel PDRM: Beberapa Individu Dipanggil Beri Keterangan

oleh Mohd Arshad
25/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Beberapa individu telah dipanggil bagi memberikan kenyataan susulan isu kartel yang dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata siasatan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati isu berkenaan tidak pernah wujud.

“Siasatan dalaman PDRM mendapati tiada isu namun saya tidak berpuas hati, saya menyuruh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan untuk meneruskan siasatan.

“Saya difahamkan beberapa orang dipanggil untuk memberikan kenyataan yang tertentu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Agensi Persendirian di ibu negara hari ini.

Hamzah berkata beliau akan berkongsi keputusan isu kartel PDRM ini selepas siasatan selesai dijalankan.

Sebelum ini dilaporkan, Hamzah mengesahkan tidak wujud gerakan kartel dalam pasukan PDRM ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Abdul Hamid pada sidang media terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara April lepas menyatakan wujudnya kartel dalam pasukan keselamatan itu, selain cubaan untuk menjatuhkan beliau kerana lantang mendedahkan salah laku, integriti dan rasuah, dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan itu.

Sementara itu, Hamzah berkata kementeriannya hampir mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) 100 hari pertama melalui tiga cara.

“Mereka (orang awam) boleh membuat laporan terus di Pasukan Gerakan Am kerana sudah jadi seperti balai polis dan laporan terbabit akan terus diberi kepada balai polis tertentu.

“Sistem Pengesahan Data Integrasi Kematian (SPDIM) sistem perkongsian pintar antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memudahkan proses pengesahan kematian tanpa perlu menunggu lama seperti kaedah yang terdahulu,” katanya.

Hamzah berkata Visa Elektronik (eVisa) diberikan kepada 35 negara mulai hari ini daripada 10 negara sebelum ini bagi memudahkan rakyat Malaysia menjana ekonomi serta orang luar melawat negara ini.

Bernama-

Tags: Kartel PDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Kartel: Hasil Siasatan SIAP Belum Diperolehi

16/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan tidak wujud gerakan ‘kartel’ dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagaimana...

Polis Tak Akan Dedah Nama Pegawai Terbabit Isu Kartel

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mendedahkan senarai nama pegawai yang terbabit isu kartel dalam kalangan pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd