• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Industri Agromakanan Disaran Manfaat Dana RM210 Juta

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

KUALA LUMPUR : Golongan pemain dalam rantaian industri agromakanan disaran untuk merebut manfaat daripada dana RM210 juta yang disediakan menerusi program Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, program yang dijalankan melalui platform Dana Jaminan Makanan itu membuka ruang kepada usahawan terbabit bagi mendapatkan akses dan pembiayaan yang mudah.

“Menerusi pembiayaan ini, usahawan boleh mendapatkan peralatan dan teknologi berteraskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) seperti robotik, dron dan blockchain sehingga berjumlah RM1 juta pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun bagi tempoh sehingga 10 tahun.

“Dari sudut Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan, ia turut diperluaskan daripada Vesel Zon A dan Zon B kepada Zon C dan Zon C2 untuk pemain industri menaik taraf dan memodenkan vesel dari aspek keselamatan serta peningkatan kualiti hasil tangkapan.

“Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat warga tempatan terutamanya golongan belia menceburkan diri dalam sektor perikanan tangkapan seterusnya mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing,” katanya ketika merasmikan Majlis Mempromosikan Dana Modenisasi Rantaian Nilai, Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan pada Selasa.

Selain itu, pihaknya juga turut mengadakan perbincangan berhubung soal insurans pertanian melibatkan pemain industri yang terjejas terutamanya sewaktu musim tengkujuh.

“Pelan pembangunan insurans itu sedang diusahakan dan ia mungkin akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat untuk manfaat semua pemain industri di negara ini,” katanya lagi.

-Awani

 

Tags: industri agromakananRonald Kiandee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

103 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Perlis

Next Post

Letupan Di Kabul, Kali Ini Libatkan Hospital Mengorbankan 15 Mangsa

Related Posts

PRU15: Ronald Kiandee Tawar Diri Tanding Di Beluran Atas Tiket PN

PRU15: Ronald Kiandee Tawar Diri Tanding Di Beluran Atas Tiket PN

05/11/2022
0

BELURAN : Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Beluran pada Pilihan...

Badan Khas Tangani Harga Ayam

20/09/2021
0

"Di pihak MAFI, kita menyambut baik sebarang perbincangan (penyelesaian) kerana pendirian kita, kos pengeluaran (makanan ayam) ditanggung pihak industri dan...

Next Post

Letupan Di Kabul, Kali Ini Libatkan Hospital Mengorbankan 15 Mangsa

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd