• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Rancang Hasilkan Jet Tempur ‘Hurjet’ Dengan Malaysia

oleh Cj Mnh
25/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Turki merancang mengeluarkan jet tempur “Hurjet” dengan Malaysia jika proses tender berjaya, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI) Prof Temel Kotil.

Beliau berkata ini sebagai usaha untuk mengukuhkan industri penerbangan global di rantau masing-masing.

Kotil berkata perkara itu masih dalam proses tender oleh Malaysia dan jika tender berjaya sebanyak 15 jet akan dihasilkan di Malaysia dan tiga lagi di Turki.

“Kami mahu menyumbang kepada pembangunan kapasiti Malaysia untuk menghasilkan pesawat seperti itu kerana Malaysia dilihat antara negara terbaik untuk bekerjasama secara strategik di Asia Pasifik,” katanya pada sidang media.

Terdahulu beliau menghadiri majlis perasmian pejabat Aeroangkasa Turki yang baharu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kampus Cyberview Futurise di sini hari ini.

Hürjet ialah pesawat Advanced Jet Trainer dan Light Attack Aircraft, pesawat pertama dijangka siap pada suku akhir 2022.

Mengulas mengenai pejabat baharu itu, Kotil berkata ia akan menjadi pejabat kejuruteraan dan reka bentuk pertama syarikat itu di Asia Tenggara dan syarikat itu akan meneruskan pelaburan serta kerjasamanya di Malaysia untuk pembangunan teknologi generasi baharu, khususnya dalam industri pertahanan dan penerbangan.

Sementara itu, Azmin dalam ucapannya berkata hubungan dua hala Malaysia dan Turki semakin kukuh.

“Malah pada minggu lalu, pegawai MITI diketuai Setiausaha Agung saya berada di Ankara, Turki untuk bertemu pegawai perdagangan Turki bagi berunding mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia ada.

“Apabila dimuktamadkan kelak, FTA itu akan meliputi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan perdagangan elektronik. Perbincangan itu telah mencapai kemajuan dan kedua-dua pihak berada di landasan tepat untuk memuktamadkan rundingan ‘text-based’ menjelang akhir tahun ini dan memuktamadkan keseluruhan pakej FTA pada pertengahan 2022,” katanya.

Sementara itu, Duta Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci dalam ucapannya berkata terdapat 62 projek industri pertahanan masih berjalan di Turki pada 2002, kini jumlah itu sudah melebihi 750.

“Kami gembira melihat syarikat industri pertahanan Turki terlibat dalam banyak projek kerjasama termasuk di Malaysia,” katanya.

– Bernama

Tags: jet pejuang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Singapura Gerakkan 2 Jet Pejuang Kerana Helikopter Dari Malaysia

Singapura Gerakkan 2 Jet Pejuang Kerana Helikopter Dari Malaysia

09/08/2023
0

Pada jam 12.40 tengah hari tadi, pasukan Tentera Udara Republik Singapura telah mengerakkan dua jet pejuang mereka selepas sebuah helikopter...

Jet Pejuang Myanmar Terhempas Di Sagaing

16/02/2022
0

YANGON: Sebuah jet pejuang Myanmar terhempas di wilayah Sagaing selepas dipercayai mengalami masalah teknikal pagi tadi. Pesawat terbabit yang berlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd