• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Makan Sushi, Sashimi Harus, Dibenarkan

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Agama, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Hukum memakan sushi dan sashimi adalah harus dan dibenarkan selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan tidak memudaratkan tubuh badan mahupun akal fikiran.

Memetik penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri ke-654: Hukum memakan sushi dan sashimi yang dikeluarkan hari ini, umat Islam bagaimanapun perlu memastikan hidangan sampingan yang dihidangkan bersama sushi dan sashimi seperti sos pencicah dan sebagainya hendaklah dalam kategori sesuatu yang halal.

Menurutnya, hidangan sampingan itu mestilah bukan mengandungi sesuatu yang haram seperti sake (arak), hirisan daging khinzir dan lain-lain lagi.

“Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut sama ada dihidangkan secara mentah, dimasak atau diperam.

“Manakala, sashimi pula adalah makanan Jepun yang terhasil daripada makanan laut yang dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi,” katanya.

Katanya, sebelum ini, PMWP pernah mengeluarkan hukum memakan memasak atau makan haiwan yang masih hidup yang mana dalam situasi sushi dan sashimi, memakan ikan masih hidup adalah makruh dan bukannya haram.

Jelas PMWP lagi, dalam hal memakan ikan mentah yang telah mati atau daging mentah yang telah disembelih secara syarak, tidak terdapat dalil khusus yang menyatakan akan pengharamannya.

Menurut PMWP, hukum memakan daging mentah pula hukumnya harus selagi mana ia tidak membawa kepada kerosakan ataupun kemudaratan ke atas tubuh badan ataupun akal.

“Oleh yang demikian, dalam hal memakan sushi atau sashimi ini gambarannya sama seperti memakan ikan yang telah mati dan daging mentah yang telah disembelih dengan kaedah syarak, maka jelas di sini hukumnya adalah harus dan halal sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama.

“Tambahan pula, ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan pada tubuh dan akal,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: PMWPsushi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Transit Tenggiling Seludup

Next Post

0.5 Peratus Kanak-kanak Di KL Alami Masalah Bantut

Related Posts

Raja Tuna Beli Ikan AS$3.1 Juta

06/01/2019
0

TOKYO - Seorang pemilik restoran sushi mencipta rekod baharu semalam dengan membayar lebih AS$3 juta (RM12.36 juta) untuk seekor ikan...

Jepun Cipta KitKat Bentuk Sushi Sempena Hari Valentine

05/02/2017
0

TARIKH 14 Februari sememangnya sinonim dengan Hari Kekasih atau Valentine yang mana setiap pasangan kekasih akan menghadiahkan pasangan masing-masing jambangan...

Next Post

0.5 Peratus Kanak-kanak Di KL Alami Masalah Bantut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd