• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Anak Jati Melaka, Saya Boleh Cakap Melayu’

oleh Cj Mnh
08/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying menafikan video tular memaparkannya tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan.

Melalui klip video berbeza, Leong memohon orang ramai agar tidak mudah percaya dengan dakwaan itu.

Dia sebaliknya berharap terus diberikan sokongan.

“Helo semua. Semalam saya dapat video tular di media sosial bahawa saya tak boleh cakap bahasa Melayu. Tapi tak mengapa, ramai orang tahu saya boleh cakap bahasa Melayu.

“Video tular tu mungkin boleh membawa masalah. Jangan mudah salah faham mengenai perkara begini, saya harap diberikan sokongan. Terima kasih,” katanya.

Video penjelasan itu dikongsi dalam kumpulan Whatsapp media MCA untuk pilihan raya negeri Melaka semalam, tetapi dipadam tidak lama selepas itu.

‘Soalan pun tak faham’

Terdahulu, berlegar di Twitter rakaman video berdurasi 58 saat memaparkan Leong diwawancara petugas media.

Ketika itu, dia antaranya diajukan beberapa soalan berkaitan kredibilitinya untuk membawa kestabilan politik di Melaka.

Bagaimanapun, soalan itu tidak dapat dijawab oleh Leong.

Turut mengiringi video dimuat naik @Gang_Utara itu kapsyen berbunyi: “Tak reti cakap bahasa kebangsaan. Soalan pun tak faham.”

Pada soalan berikutnya pula, Leong hanya memberikan jawapan ringkas.

“I will try my best (saya akan cuba yang terbaik),” responnya ketika ditanya soalan bagaimana ingin bersaing dengan senior dalam politik.-MALAYSIAKINI

Saya Atau Adly Jadi Calon KM Bukan Soal Penting, Kata Idris Haron

Elok aje dia cakap Melayu…. Rasanya yang berlaku semalam tu mungkin dia tak faham soalan wartawan tu kot sebab tak berapa jelas… pic.twitter.com/kOt8f4Xlqh

— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 8, 2021

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd