• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Homestay’ Makmal Proses Dadah Diserbu, Pakar Masak Heroin Ditahan

oleh Mohd Arshad
20/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah yang menjadikan inap desa atau homestay sebagai pusat memproses, membungkus dan mengedar dadah.

Ia susulan tertangkapnya dua pasangan suami isteri termasuk ‘pakar memasak heroin’ dalam serbuan di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah pada Selasa dan Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, dalam serbuan di Bukit Mertajam itu, polis menahan sepasang suami isteri berusia 40 dan 50 tahun sebelum menahan seorang lelaki berusia 54 tahun yang juga tukang masak dadah bersama pasangannya di Permatang Nibong.

Tangkapan pasangan terbabit membawa kepada penemuan sebuah makmal haram di sebuah rumah inap desa di Kulim, Kedah yang menjadi lokasi memproses dadah jenis heroin.

“Hasil siasatan lanjut pada 17 November lalu, polis menangkap sepasang suami isteri berusia 54 dan 50 tahun dna menemui 13 bungkus heroin dengan berat 5.2 kilogram… polis juga telah serbu homestay di Kulim yang dijadikan makmal dadah heroin,” katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.

Katanya, di makmal haram itu polis turut merampas satu ketulan mampat heroin base (375 gram) satu peket heroin seberat 60 gram, 12,000 gram serbuk kafein, sebotol cecair klorofom dan peralatan memproses dadah.

Beliau berkata, sindiket yang aktif sejak Jun tahun ini turut memproses dan mengedar dadah jenis heroin serta ganja bagi pasaran Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam operasi berkenaan, polis merampas dadah jenis heroin, ganja dengan dan peralatan memasak dadah dianggarkan bernilai RM126,840 serta menyita sebuah kereta jenis Honda Civic.

Sementara itu, Mustafa berkata, suspek yang berusia 54 tahun sudah lama terlibat dengan aktiviti dadah mempunyai kepakaran memasak dadah heroin dan kini menurunkan ilmunya kepada ‘pelapisnya’.

Kata Mustafa, polis kini sedang mengesan ahli sindiket yang terlibat memproses dadah berkenaan.

Selain itu, Mustafa berkata, suspek terbabit mempunyai rekod jenayah lampau sejak 1995 membabitkan dadah menyerahkan heroin ini.

Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati tiga daripadanya positif dadah dan kesemua mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 November ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Awani-

Tags: dadahheroin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd