• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Sajat Disita

oleh Mohd Arshad
30/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan harta usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, disita susulan kegagalan membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan, berkata permohonan OWA Resources Sdn Bhd menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar Muhammad Sajjad melalui proses penyitaan dibenarkan mahkamah dan dilaksanakan pagi tadi.

“Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan jam 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad beralamat di Kota Damansara.

“Keputusan dibuat selepas mahkamah mendapati Muhammad Sajjad tidak memberi sebarang maklum balas untuk membayar pampasan.”Ia selepas Muhammad Sajjad gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi kepada OWA Resources,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, anak guamnya, Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang juga bekas stokis utama perniagaan bengkung milik Muhammad Sajjad atau dikenal sebagai Sajat, mengambil tindakan menyita susulan kegagalan usahawan itu membayar jumlah penghakiman pada Disember tahun lalu.

Nurul Hafidzah berkata, anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarah dibayar oleh mahkamah.

“Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan sudah ditampal di premis defendan hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” katanya.

BHonline-

Tags: harta Sajatsajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

Sajat Kongsi Gambar Di Hospital, Luah Rasa Sunyi Ketika Sakit

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman mencetuskan perhatian ramai apabila berkongsi status menyayat hati dari sebuah hospital, sekali...

Sajat Dikehendaki Hadir Mahkamah 22 Februari

08/02/2022
0

Ampang : Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd