• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Kerana Ubah Saluran Televisyen, Bapa Kelar Leher Anak

oleh Mohd Arshad
04/11/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Gara-gara naik angin kerana saluran televisyen diubah, seorang bapa bertindak mengelar leher anak kandungnya dalam kejadian di rumah mereka di Bernam Jaya, Hulu Bernam di sini, semalam.

Polis menerima laporan pada pukul 12.55 tengah hari daripada suspek berusia 71 tahun berhubung penemuan anaknya yang terbaring berlumuran darah di ruang tamu dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, suspek mendakwa sebelum itu ke sebuah kedai di Taman Bernam Jaya pada pukul 12 tengah hari.

Katanya, dia turut memaklumkan leher anaknya berusia 37 tahun itu luka selain darah keluar dari kepala.

“Suspek memaklumkan kepada jiran supaya menghubungi polis.

“Bagaimanapun hasil siasatan mendapati leher mangsa terdapat kesan kelar dalam yang dilakukan pihak ketiga dan bukan bunuh diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Arsad memberitahu, suspek menyatakan pada waktu pagi hari sama, dia dan anaknya bertengkar berpunca mangsa mengubah saluran televisyen.

Ujarnya, dia kemudian menolak mangsa sehingga terkena dinding dan jatuh ke lantai.

“Dia kemudian mengambil pisau di dapur dan mangsa bergelut dengannya sehingga mangsa ditoreh di leher sebanyak tiga kali.

“Kita turut merampas pisau yang digunakan lelaki itu untuk mengelar mangsa susulan serbuan pihaknya di rumah suspek, selain baju kemeja lengan pendek dan seluar pendek,” katanya.

Tambahnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah selain tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu hari ini untuk permohonan reman.

“Dengan tertangkapnya suspek, polis percaya dapat menyelesaikan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ,”

UtusanOnline-

Tags: bunuh anak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak

Ibu Tunggal Bebas Tuduhan Bunuh Anak

11/10/2024
0

SEREMBAN - Seorang ibu tunggal dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada pertuduhan membunuh anak perempuannya...

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

Suami Isteri Bunuh Anak Terlepas Hukuman Mati, Penjara 30 Tahun

21/03/2024
0

PUTRAJAYA: Sepasang suami isteri terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan tuduhan membunuh dengan penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd