• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember – Abang Jo

oleh Mohd Arshad
24/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai nama setiap calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu, 4 Disember depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan PRN yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021 sesuai dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita mungkin akan mengumumkan senarai nama semua calon kita secara langsung sebelum hari penamaan calon iaitu pada 4 November nanti.

“Kita sememangnya sudah bersedia dan kita di pihak GPS memang sudah menjangkakan bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum sambutan perayaan Krismas.

“Di pihak GPS sendiri, kita hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan semuanya telah kita sediakan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pengenalan Sekolah Sri Mawar, di Permyjaya pada Rabu.
Ditanya bila beliau akan mengumumkan calon GPS yang akan bertanding di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Miri, Sibuti dan Baram, Abang Jo memberitahu untuk tunggu pengumuman dari pihak GPS.

Malam ini Penyandang ADUN Satok itu akan mengadakan Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Hotel Pullman, di sini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari sehingga jam 11.59 malam 17 Disember,

Awani-

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Rozanna Mat Nanyan Meninggal Dunia Di Korea Selatan

Next Post

5,755 Kes Baharu, 47 Kematian Direkodkan

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

5,755 Kes Baharu, 47 Kematian Direkodkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd