• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Mampu Menang Semua Kerusi Jika Bergerak Satu Pasukan

oleh Mohd Arshad
29/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) mampu menang di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, 18 Disember depan, kata Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya gabungan parti itu bergerak dalam satu pasukan.

“Jika kita berjuang di medan perang (pilihan raya) dengan satu semangat dan satu pasukan, kita boleh sapu semua 82 kerusi,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran jentera GPS bagi PRN Sarawak di sini, malam ini.

Abang Johari berkata, jentera GPS harus membawa mesej untuk membantu rakyat semasa keluar berkempen dalam PRN ke-12 itu, kelak.

“Kita keluar dan terus berjuang demi Sarawak. Sama-sama kita bergerak dengan satu nada, satu irama dan satu lagu. Ini tanggungjawab kita semua,” katanya.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata, GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak pada 6 Disember, pengundian awal pada 14 Disember dan hari pengundian pada 18 Disember.

-Sinar Harian

Tags: abang johariGPSPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9,356 Pegawai, Anggota Polis Siap Siaga Hadapi PRN Sarawak

Next Post

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

Related Posts

Gaji Konstabel Polis Bawah Paras Minimum RM1,500

Waspada Ancaman Penyakit X : Abang Johari

07/10/2023
0

KUCHING: Semua pihak perlu berjaga-jaga bagi menghadapi ancaman kesihatan baharu yang berupaya menjadi pandemik dikenali sebagai penyakit X. Premier Sarawak,...

Sarawak Akan Tetap Guna RM – Abang Johari

Sarawak Akan Tetap Guna RM – Abang Johari

02/09/2023
0

KUCHING : Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata Sarawak tidak akan menggunakan mata wang sendiri, sebaliknya tetap...

Next Post

Pameran Batu Permata Dan Barang Kemas Bertaraf Dunia Di KL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd