• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Global Royalty Periksa 11,991 Unit Barang Kemas

oleh Mohd Arshad
08/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wakil syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan telah memeriksa secara fizikal ke atas 11,991 unit barang kemas yang disimpan di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang kemas itu antara pelbagai barangan yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa berkaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin hari ini.

“Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam dan wakil syarikat Global Royalty hadir untuk menjalankan pemeriksaan secara fizikal bermula 25 Okt sehingga 3 Nov lepas.

“Namun, peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu mahkamah bahawa anak guam mereka tidak dapat hadir dan melepaskan hak (forego) untuk pemeriksaan barang kemas itu.

Ini kerana Datin Seri Rosmah perlu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya manakala Datuk Seri Najib terlibat dalam tugasnya di Parlimen,” kata Faten Hadni.

Sementara itu, peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili Global Royalti berkata pemeriksaan fizikal itu dilakukan oleh ejen syarikat barang kemas tersebut, Kelvin Chai berikutan pemilik syarikat berkenaan, Samer Halimeh tidak dapat memasuki Malaysia berikutan pandemik COVID-19.

Peguam Azamuddin Abd Aziz dan Nur Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib dan Rosmah turut mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan 22 Nov untuk pengurusan kes selanjutnya.

Najib, Rosmah dan Samer merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barang termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1MDB.

Bernama-

Tags: Datin Seri Rosmah MansorDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd