• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Forest City Tidak Gagal – TMJ

oleh Mohd Arshad
24/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan laporan yang mendakwa Forest City sebagai projek gagal, adalah satu fitnah.

Baginda bertitah, laporan berkenaan adalah tidak benar dan disebarkan oleh pihak tertentu.

“Saya ingin membalas dakwaan yang tular di media sosial yang menyatakan bahawa projek Forest City adalah projek yang gagal.

“Ini adalah tidak benar dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Forest City adalah sebuah projek yang sedang dibangunkan secara mampan dan berterusan.

“Projek ini sudah menyumbang pendapatan sebanyak RM630 juta kepada kerajaan Johor dalam bentuk bayaran cukai serta dividen malah mencipta pekerjaan untuk 1,200 rakyat tempatan selain menganugerahkan kontrak kerja bernilai RM1.4 bilion kepada 150 syarikat kontraktor tempatan,” titahnya dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya.

Kelmarin, sebuah saluran Youtube, Top Luxury menyenaraikan projek mega Forest City sebagai satu daripada lima projek mega yang paling tidak berguna di dunia.

Forest City adalah satu projek futuristik mewah dilancarkan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2016 yang dibina di atas empat pulau buatan yang terletak hanya satu jam dari Singapura.

Projek yang mempromosikan ‘eco-smart city’ dengan nilai AS$100 bilion (RM413.77 bilion) itu pada awal pembinaannya dijangka berpotensi menempatkan sehingga 700,000 penduduk apabila siap sepenuhnya pada 2035.

Sementara itu, Tunku Ismail bertitah, projek Forest City membuka peluang untuk memajukan industri pembinaan di Johor untuk jangka masa panjang.

Titahnya, pada akhir bulan lalu, Forest City juga sudah menerima anugerah Global Model of Low-Carbon City Planning and Design Award dari Sustainable Cities and Human Settlements Award (SCAHSA).

“Ini menunjukkan bahawa projek ini tidak gagal, sebaliknya menarik perhatian persada dunia dengan kemajuan teknologinya.

“Cabaran juga dihadapi dengan wabak Covid-19 yang bukan sahaja melanda Johor, malah seluruh dunia.
“Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan juga menyebabkan kadar penjualan yang kurang. Juga perlu diingatkan bahawa dasar Kerajaan Persekutuan yang tidak konsisten turut menyebabkan keyakinan pelabur terhadap negara kita terjejas.

“Saya berharap dengan polisi yang lebih stabil pada masa akan datang dan apabila situasi ekonomi sudah bertambah baik, lebih ramai pelabur akan datang ke negara ini dan melabur di sini,” titah baginda. – Harian Metro

Tags: Forest CityProjek Forest City
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

Dakwaan Bina Kasino Di Forest City: Polis Akan Panggil Beberapa Individu Lagi

06/05/2024
0

Kuala Lumpur : Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penerbitan artikel mengenai rancangan pembangunan kasino di Forest...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd