• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman

oleh Mohd Arshad
21/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA : Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata, senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan.

Katanya, beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

“Insya-Allah saya akan memaklumkan perkara ini juga selepas saya mengambil kira segala aspek, kebolehan, begitu juga pengalaman (Exco) bagi setiap portfolio yang akan saya lantik nanti berlandaskan kepada mereka yang telah memenangi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dan sudah pasti selepas itu, saya akan maklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun untuk berbincang dengan beliau. Insya-Allah bagi saya sedikit masa lagi, dalam masa terdekat.. should be next week (minggu depan) kot,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Mohd Ali di Dewan Seri Utama awal pagi ini.

Ditanya mengapa istiadat mengangkat sumpah jawatan berkenaan diadakan pada awal pagi ini berbanding jadual asal pada petang nanti, Sulaiman berkata perkara itu perlu disegerakan kerana ada Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri pada Selasa, disusuli dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Lumpur.

“So (Jadi) masa itu agak suntuk, besok (hari ini) dah hari Ahad, kemudian banyak perkara yang perlu kita perbincangkan dulu dengan Tuan Yang Terutama Tun. Bila finalised (dimuktamadkan) hari Selasa kita nak bergerak (ke kedua-dua mesyuarat tersebut)…kena angkat sumpah juga pada malam ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sulaiman berjanji beliau akan menjadi pemimpin untuk semua rakyat negeri Melaka tanpa mengira etnik, kaum, bangsa mahupun agama.

“Sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu saya akan menunaikan kewajipan seperti rakyat negeri Melaka mahukan serta menggalas aspirasi Tuan Yang Terutama Tun dalam memasyhurkan negeri Melaka di persada antarabangsa.

“Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka yang mengurus dan mentadbir negeri Melaka sejurus pembubaran DUN Melaka bermula 4 Oktober sehinggalah keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) malam tadi,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Exco Melakakerajaan negeriMelaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiga Jajahan Di Kelantan Alami Gangguan Bekalan Air Esok

Next Post

Kebajikan, Kemajuan Ekonomi Agenda Utama Kerajaan Baharu Melaka

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

62 Rumah Di 3 Kampung Di Melaka Terjejas Akibat Banjir Kilat

22/05/2024
0

Melaka : Sebanyak 62 rumah penduduk di Kampung Pengkalan Batu, Kampung Bachang Darat dan Kampung Peringgit di sini, terjejas akibat...

Next Post

Kebajikan, Kemajuan Ekonomi Agenda Utama Kerajaan Baharu Melaka

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd