• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: Kes Turun 90.1 Peratus Di Terengganu

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Jumlah kumulatif kes demam denggi di negeri ini menurun kepada hanya 37 kes sepanjang 11 bulan pertama tahun ini berbanding 374 kes dalam tempoh sama, tahun sebelumnya.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pengurangan sebanyak 90.1 peratus itu turut menyaksikan tiada kes jangkitan kematian akibat denggi dilaporkan di negeri ini, setakat Sabtu lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan kes tertinggi sebanyak 12 kes manakala masing-masing lima kes di Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus di samping Besut dan Dungun pula tiga kes, namun sifar di Setiu.

“Selain itu, hanya dua episod wabak didaftarkan iaitu di Kuala Nerus dan Hulu Terengganu berbanding 23 episod dalam tempoh masa pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, memasuki musim monsun, terdapat beberapa kawasan yang berkemungkinan dilanda banjir dan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes seperti lopak-lopak air, longkang dan sebagainya, jadi saya minta penduduk setempat mengambil langkah wajar bagi memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kasemani menyarankan orang ramai agar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk aktiviti mengesan dan memusnahkan tempat pembiakan aedes di dalam mahu pun luar rumah di samping lokasi tempat kerja.

Katanya, semburan aerosol di kediaman perlu dijalankan di samping mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa awal pagi dan lewat petang bagi mengelakkan gigitan nyamuk.

-Utusan Online

Tags: denggiKes DenggiTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd