• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Perubatan Gesa Reformasi Pendekatan Pemulihan Dadah

oleh Cj Mnh
14/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa reformasi pendekatan kerajaan terhadap pemulihan dadah, bermula dengan memperakui masalah ketagihan dadah merupakan sejenis gangguan mental atau keadaan perubatan yang memerlukan campur tangan profesional.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata penagih dadah perlu dilayan sebagai pesakit yang perlu mendapat rawatan dan bukannya penjenayah untuk dihukum.

“Pusat pemulihan dadah sepatutnya menjadi tempat orang yang bergelut dengan penagihan dadah pergi untuk menerima bantuan profesional bagi mengatasi tabiat mereka.

“Penagih dadah harus dilayan sebagai pesakit, bukan penjenayah,” katanya pada satu kenyataan semalam.

Untuk rekod, Klasifikasi Penyakit Antarabangsa WHO pada 1994 menyatakan masalah ketagihan pada sesuatu bahan merupakan sejenis gangguan mental dan penyakit kronik mudah berulang.

Ini termasuklah kebergantungan terhadap alkohol dan dadah (sama ada yang haram atau dengan preskripsi doktor).

“Gangguan penggunaan bahan merupakan penyakit mental yang perlu dirawat oleh profesional terlatih dengan program pemulihan berasaskan bukti, kaunseling dan dalam beberapa kes, penggunaan ubat-ubatan tertentu yang ditetapkan.

“Terdapat juga kebimbangan kaedah lama ‘cold turkey’ mengurung penagih untuk satu tempoh masa dengan harapan mereka akan dipulihkan masih lagi digunakan,” jelas Dr Koh.

Menurutnya, kajian menunjukkan kaedah lapuk sebegitu tidak membuahkan hasil yang berjaya dan menyebabkan ramai penagih kembali kepada tabiat lama mereka selepas dibebaskan.

Kenyataan MMA ini sebagai maklum balas terhadap laporan kematian seorang pelatih berusia 31 tahun di pusat pemulihan dadah di Kubang Pasu, Kedah, awal bulan ini akibat kecederaan yang didakwa dilakukan seorang warden.

Warden berusia 46 tahun itu yang telah ditahan, didakwa telah memijak leher mangsa dan menendang dadanya, selepas memasukkannya ke dalam sel pengasingan berikutan cubaan mangsa melarikan diri dari kemudahan itu kira-kira jam 3 pagi pada 4 Nov.

Koh berkata selain siasatan penuh terhadap kejadian yang dilaporkan, kerajaan mesti melihat pembaharuan yang diperlukan dalam menguruskan isu penagihan dadah di negara ini.

“Kami bimbang walaupun pusat pemulihan mungkin diawasi atau diuruskan oleh profesional yang berkelayakan, warden yang menjalankan program pemulihan ini mungkin kekurangan latihan profesional, kelayakan dan kualiti yang diperlukan,” kata Koh.

Memetik laporan media, Koh berkata kejadian di Kedah yang menyaksikan penahanan seorang warden itu tidak sepatutnya berlaku di pusat pemulihan dadah.

Mangsa, yang dimasukkan ke pusat pemulihan itu pada April lalu kerana didakwa ketagihan ganja, hanya berjaya lari kira-kira 1km dari kemudahan itu sebelum ditemui warden, menurut Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada jawapan bertulis parlimen 9 Nov lalu berkata produk yang mengandungi kanabis yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh diimport dan digunakan di Malaysia jika produk itu mematuhi keperluan undang-undang.

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

‘Runner’ Ditahan, Lebih 1kg Syabu Dirampas

03/01/2026
0

TAWAU: Demi upah lumayan, seorang pemuda berusia 19 tahun sanggup menjadi 'runner' dadah sebelum kegiatannya terbongkar apabila polis merampas lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd