• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Contohi GPS, Hajiji Perlu Daftar GRS Sebagai Entiti Politik Rasmi

oleh Mohd Arshad
26/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PITAS: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin dengan kebijaksanaan Ketua Menteri Sabah merangkap pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan gabungan itu.

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, beliau yakin kepimpinan tertinggi turut akan dapat membuat suatu keputusan ke arah itu.

Joniston yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, menjadikan GRS gabungan rasmi ialah langkah terbaik supaya gabungan itu lebih mantap.

“Hal ini dilihat mampu memberikan kebaikan sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ada di Sarawak.

“Kita sudah membuktikan dengan adanya GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, gabungan ini berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya lalu.

“Saya tahu ada dalam kalangan pemimpin serta rakan-rakan parti yang turut sama dalam GRS mempunyai pola pemikiran serupa tentang hal ini,” katanya selepas merasmikan rumah rehat dan jeti terapung Inap Desa Walai Ondoton di Kampung Kuyuh, Pitas, pada Jumaat.

Ditanya samada GRS sudah mengadakan perbincangan dalam kalangan pemimpinnya mengenai pendaftaran terbabit, Joniston memaklumkan perkara terbabit hanya dibincangkan secara tidak rasmi.

“Bagaimanapun, saya percaya hal ini akan diperincikan lagi dalam masa terdekat,” katanya.

Pada Khamis, bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak yang juga Bendahari GRS, menggesa gabungan itu didaftarkan secara rasmi atas kepentingan meletakkannya di landasan kukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.

BACA: Daftar GRS sebagai gabungan politik rasmi – Salleh

Untuk rekod, GRS terdiri daripada Perikatan Nasional (Bersatu, PAS, STAR, SAPP dan Gerakan), Barisan Nasional (Umno, PBRS, MCA dan MIC) serta PBS.

Awani-

Tags: GPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

16/12/2022
0

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd