• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bebas Dakwa Ditawar Sesuatu ‘Menarik’ Jika Tarik Diri

oleh Mohd Arshad
11/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Seorang calon Bebas mendakwa ditawarkan ‘sesuatu menarik’ sekiranya beliau menarik diri bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Mohd Akhir Ayob yang juga bekas Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) DUN Asahan berkata, setakat ini pendiriannya tidak akan berubah dan kekal untuk bertanding biarpun perlu berdepan dengan pertembungan enam penjuru termasuk bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Menurutnya, individu yang tidak dikenali itu menghubunginya dan mahu berjumpa di kediamannya bagi berbincang mengenai perkara itu.

“Ketika itu saya sedang berjumpa penduduk dan saya minta dia tak libatkan isteri serta anak saya…dia kata akan tawarkan sesuatu menarik.

“Individu itu kemudiannya memaklumkan dia akan hubungi saya semula. Saya juga nak tahu siapa individu tersebut namun gagal kerana lelaki terbabit dipercayai menggunakan nombor telefon peribadi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakannya menjadi calon di pentas PRN ini atas permintaan rakyat yang mahu dirinya terus berkhidmat di kawasan itu.

“Saya tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat, namun saya tekad berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat jika menang.

“Terutama sekali dari segi infrastruktur dan saya bukanlah dari wakil parti politik, sebaliknya berani bertanding dengan wang ringgit saya sendiri kerana rakyat,” ujarnya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi Asahan disandang oleh Datuk Seri Abdul Abdul Ghafar Atan dari BN dengan majoriti 275 undi.

Kerusi DUN Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Fairul Nizam Roslan (BN), Danesh Basil (PN), Datuk Seri Idris Haron (PH) dan tiga calon bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

-Sinar Harian

Tags: Calon BebasditawarPRN Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kontrak: FAM, Maloney Belum Bincang

Next Post

Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer Berisiko Berlaku Kepala Air

Related Posts

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

Ketua UMNO Bentong Nafi Taja Calon Bebas

24/09/2023
0

PRK PELANGAI | Pemangku Ketua Umno Bentong, Mohamad Zaini Salleh, mendakwa dia tidak pernah menaja calon Haslihelmy DM Zulhasli untuk...

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

Keluar DAP, David Bertanding Calon Bebas Di DUN Prai

27/07/2023
0

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam, mengumumkan akan bertanding...

Next Post

Gua Kelam, Taman Eko Rimba Bukit Ayer Berisiko Berlaku Kepala Air

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd