• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Moktar Cadang Wujudkan Sekolah Perpaduan

oleh Mohd Arshad
23/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN l Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan agar sebuah sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran diwujudkan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, sekurang-kurangnya pelajar berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.

“Boleh ada ajaran kelas (aliran) sekolah-sekolah begini, tetapi carilah sekolah perpaduan, wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung, berkongsi dewan, berkongsi kantin, dan berkongsi padang, barulah ada cetusan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Bung Moktar berkata sekiranya perpaduan dalam negara diurus dengan sebaik mungkin, masyarakat di luar tidak akan cuba mengganggu gugat keharmonian negara kerana mereka tahu perpaduan itu amat penting untuk semua pihak.

Menjawab celahan M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai kewujudan Sekolah Kebangsaan Wawasan, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata pelaksanaan sekolah itu tidak dijalankan dengan sebaik mungkin.

“Kalau mahu melihat perpaduan benar-benar berlaku pada masa akan datang, kita kena sediakan platform yang baharu kepada anak bangsa, kalau tidak mereka akan tuduh kita selaku ibu bapa tidak bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dalam negara untuk mereka,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Bung MoktarParlimensekolah perpaduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd