• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Menang 18 Kerusi, Mampu Bentuk Kerajaan Sendiri

oleh Cj Mnh
17/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BN meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada PRN Melaka, Sabtu ini.

Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak PRU11 sehingga PRU14.

“Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi…kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.

“Tetapi jika kita dapat lepasi jumlah 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan) pun dah syukur Alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.

“Jadi untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan di atas kekuatan kita sendiri. Jadi kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.

Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, Umno bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.

Pada PRU14, Umno menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.

“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, Umno tak boleh. Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya.

Selain itu, Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon-calon muda bagi PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.

“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.

“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada Umno. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR, Bersatu, PAS…Umno masih duduk dalam gua dia…tak boleh.

“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang Umno benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, tapi inilah wajah Umno yang nak saya bawa,” katanya.

Ditanya mengenai peluang BN di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata pertandingan di kawasan berkenaan dijangka sengit.

“Sengitlah, saya tak kata akan jadi kerusi Bersatu,” katanya.

Ab Rauf akan ditentang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin mewakili PN dan Zainal Hassan daripada PH.

Bagi tiga kerusi iaitu Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru, Mohamad berkata situasi berkenaan memberi kelebihan buat BN.

Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori bersama PAS, dia berkata meskipun tiada kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu pada PRN Melaka, namun kerjasama boleh diadakan pada masa akan datang termasuk membabitkan soal penyatuan ummah.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

-Bernama

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd