• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Belum Tentu Mas Ermieyati Boleh Jadi Ketua Menteri…

oleh Mohd Arshad
18/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH: Siapa sahaja berhak menjadi Ketua Menteri sekiranya sesebuah parti itu memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Justeru, Mohamad berpendapat, pengumuman Perikatan Nasional (PN) yang menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Menteri negeri itu belum tentu menjamin peluang untuk calon parti berkenaan bagi DUN Tanjung Bidara itu.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, tugas besar yang menanti PN ialah masih perlu menumpaskan dua lagi parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.

“Kalau mereka (Perikatan Nasional) menang bolehlah, tapi ada satu lagi … BN. Tak tau yang mana (akan menang) tapi kita (PH) pilih satu saja, iaitu Adly Zahari (calon Ketua Menteri PH),” katanya lagi.

Ketika ditanya lagi sekali apa pandangan beliau tentang Mas Ermieyati, Mohamad berkata: “Siapa pun layak jikalau cukup bilangan (kerusi).”

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mas Ermieyati, yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai calon Ketua Menteri mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu telah dicapai hasil kesepakatan semua parti komponen PN iaitu Pas, Bersatu dan Gerakan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengumuman PN itu memberi tamparan kepada seorang lagi pemimpin yang disebut-sebut calon Ketua Menteri mereka, iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Untuk Mas Ermieyati, tentu ia sesuatu pilihan baharu yang beri tamparan hebat kepada Naib Presiden Bersatu, Rafiq.

“Bila pengumuman ini dibuat, ini bermakna Rafiq akan kalah di Teluk Mas dan ini memberi kelebihan sikit pada Mas.

“Mungkin dapat berjaya melebihi (calon BN DUN Tanjung Bidara) Ab Rauf (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)… tapi saya rasa dia masih di belakang sikit kerana Rauf bukan orang mudah, kita pun tahu sumber dia,” kata Guan Eng lagi.

Guan Eng berkata, dengan pengumuman itu, ia menunjukkan PN sudah hilang harapan ke atas Rafiq, dan menaruh segala yang ada kepada Mas Ermieyati.

Awani-

Tags: PRN Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: BN Paling Banyak Guna Retorik Kaum, Agama – Pusat Komas

21/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) didapati paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri...

PN Ambil Iktibar PRN Melaka Hadapi PRN Johor

04/02/2022
0

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November lalu untuk mencipta kejayaan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd