• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beg Disangka Ada Bom

oleh Mohd Arshad
29/11/2021
dalam Berita, Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Orang ramai di Jalan Telawi, Bangsar, di sini gempar dengan penemuan beg pakaian yang disangka mengandungi bom, semalam.

Beg pakaian itu ditemui di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal, diperiksa oleh sepasukan Unit Pemusnah Bom, yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam pada jam 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan ternampak satu beg pakaian di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Unit Pengesan Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan pemeriksaan objek yang disyaki bom di dalam beg itu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang indikasi ditemui di dalam beg yang ditinggalkan oleh suspek.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di lokasi kejadian memaparkan rakaman imej separuh badan dan menunjukkan kaki suspek yang memakai seluar pendek meletakkan sebuah beg bagasi di lokasi kejadian sebelum beredar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam meminta saksi dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai individu yang mungkin terbabit dalam insiden itu untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi memberi keterangan.

-Berita Harian

Tags: begBom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPNDHEP P Pinang Keluar Lapan Notis Harga Sayur Naik

Next Post

Terima Kasih Bersatu Dan BN – Abang Jo

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

Next Post

Terima Kasih Bersatu Dan BN - Abang Jo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd