• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ Perlu Diperkasa – PM

oleh Mohd Arshad
06/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ diperkasa dalam usaha memacu pembangunan sekali gus membasmi kemiskinan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Mahdzir Khalid agar agenda berkenaan dapat dilaksanakan semula sebagai antara usaha untuk mengeluarkan kawasan luar bandar terutama di Sabah daripada kepompong kemiskinan.

“Selain projek dirancang oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, usaha membawa infrastruktur mencukupi di luar bandar juga amat penting.

“Ketika saya menjadi menteri luar bandar, saya (mengetengahkan) konsep ‘Membandarkan Luar Bandar’ bermaksud jika kita majukan luar bandar dengan infrastruktur mencukupi termasuk jalan raya, bekalan air, elektrik dan telekomunikasi, industri pun akan dapat di bawa ke kawasan itu sekali gus dapat menyediakan peluang pekerjaan dan membantu merancakkan ekonomi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Pada 2015, Ismail Sabri pernah melancarkan agenda ‘Membandarkan Luar Bandar’ ketika memegang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai antara langkah mentransformasi luar bandar dan memastikan pembangunan kawasan itu berada pada landasan betul.

Ia antara lain memberi tumpuan kepada enam fokus utama merangkumi prasarana, pembangunan belia, ekonomi, keusahawanan, modal insan dan sistem penyampaian.

Ismail Sabri berkata pembangunan seimbang dengan infrastruktur asas lengkap di kawasan luar bandar berupaya menarik lebih ramai pelabur dan menyediakan peluang pekerjaan seterusnya mewujudkan ‘penghijarah berbalik’ terutama dalam kalangan belia.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan Persekutuan akan terus komited memberi tumpuan membasmi kemiskinan bukan hanya di Sabah tetapi juga di lima negeri lain iaitu Sarawak, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah selaras Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Dalam RMK12, kerajaan Persekutuan menyasar untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang 2025, katanya.

Bernama-

Tags: Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Melaka: BN Tampilkan Lebih Ramai Muka Baru

Next Post

4,701 Kes Menurun Berbanding Semalam

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

4,701 Kes Menurun Berbanding Semalam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd