• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Kekal Presiden PAS, Tuan Ibrahim Timbalan Presiden

oleh Mohd Arshad
04/11/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2021-2023 pada Muktamar Tahunan Ke-67.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata empat calon pula akan bersaing untuk mengisi tiga jawatan Naib Presiden.

“Tiga daripada mereka adalah penyandang sebelum ini, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Seorang calon baharu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

“Calon kelima, iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Menteri Besar Kedah, menarik diri daripada bertanding jawatan itu.

“Selain itu, seramai 36 calon akan merebut 18 jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat,” katanya pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke-67, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah muktamar kali ini, Dr Alias Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu.

Seterusnya, Takiyuddin memaklumkan, Hussin Ismail dan Kamal Ashaari juga menang tanpa bertanding bagi mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

Dalam pada itu, beliau berkata, muktamar kali ini tidak menjemput rakan parti politik lain sama ada yang ada hubungan dengan PAS atau sebaliknya dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kita hanya menjemput jemputan tertentu seperti veteran PAS dan orang tertentu, dengan ucapan dasar akan disampaikan Presiden PAS pada majlis perasmian,” katanya.

Takiyuddin berkata, seramai 1,546 perwakilan akan mengambil bahagian pada muktamar kali ini, dengan 694 menyertainya di Kuala Terengganu, manakala baki secara hibrid di negeri masing-masing.

Beliau berkata, mereka yang menghadiri muktamar kali ini meliputi 197 Yang Dipertua (YDP) kawasan di seluruh negara serta perwakilan Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Muktamar Tahunan PAS Ke-67 dijadualkan berlangsung, di sini, pada Sabtu dan Ahad ini.

-Berita Harian

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd