• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Akan Bekerjasama Dengan Bersatu, Noktah! – Zahid

oleh
22/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – UMNO kekal dengan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mana-mana pilihan raya, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, perkara terbabit sudah diputuskan oleh perwakilan parti itu pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lalu.

“Tidak timbul isu UMNO cepat atau lambat membuat keputusan (untuk bekerjasama), sebaliknya perkara itu sudah dimuktamadkan pada PAU lalu yang memutuskan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, noktah!” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, di Bukit Katil, di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Ketika ditanya adakah UMNO tidak akan bekerjasama dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelak, Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata, “saya tidak nampak ke arah itu.”

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, yang dilaporkan berkata, gabungan parti itu tidak boleh menunggu lama untuk mendapatkan keputusan kerjasama politik daripada UMNO untuk menghadapi PRN Melaka.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata, PN yang menggabungkan Bersatu, PAS dan Gerakan itu bersedia untuk bertanding bersendirian sekiranya UMNO dan BN tidak memberi kata putus mengenai perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO mempunyai potensi besar untuk memenangi PRN Melaka pada 20 November ini.

“Kita merasakan potensi itu (kemenangan) sangat besar berdasarkan kepada permasalahan pihak yang berada di sebelah sana (pembangkang) yang tentunya mempunyai isu tersendiri.

“Tetapi kemenangan kita bukannya (berpunca daripada) menunggang permasalahan orang lain, kita (perlu) bersandarkan kebolehan UMNO untuk mentadbir semula kerajaan negeri,” katanya. – myMetro Online

Tags: BERSATUPRN MelakaUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd