• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

oleh
11/10/2021
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang kenamaan seperti yang dilaporkan di pelbagai portal hari ini.

Bahkan, artis jelita berusia 47 tahun itu menegaskan, setakat hari ini, dia masih lagi bergelar ibu tunggal.

Dalam reaksi segera kepada Astro AWANI, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek berkata, dia sudah letih untuk dikaitkan dengan pelbagai gosip dan dakwaan tidak berasas.

“Sudahlah… letih dengan cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya masih lagi ibu tunggal.

“Minta saya, doakan saja segala yang terbaik dan andai bertemu jodoh satu hari nanti, moga jodoh yang membahagiakan dan berkekalan hingga ke jannah,” kata Erra dalam kiriman mesej kepada Astro AWANI pada Isnin.

Sejak awal hari ini, tersebar kisah Erra sudah bernikah dan menjadi isteri kedua seorang ahli politik yang berasal dari Perak.

Sejak dari awal penglibatannya sebagai artis, Erra Fazira tidak pernah berhenti dikaitkan dengan pelbagai gosip.

Namun, artis yang pernah popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara serta membintangi puluhan filem itu sentiasa tenang setiap kali berhadapan dengan gosip liar.

Bahkan, Erra Fazira juga tidak mudah melenting, sebaliknya, sentiasa memberi kerjasama dengan media dalam menjelaskan situasi sebenar.

Erra Fazira pernah gagal dalam dua perkahwinan iaitu bersama pelakon, pengarah dan penyanyi terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003.

Bagaimanapun, pernikahan mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan tidak mempunyai sebarang zuriat.

Sementara pernikahan kali keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 pula bertahan sehingga 2014.

Hasil perkahwinan itu, Erra Fazira dan Engku Emran dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya Engku Emran, 12.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu menafikan laporan yang mendakwa beliau sudah menikahi artis popular itu.

Kata Faizal, berita pernikahannya dengan Erra Fazira seperti yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah palsu semata-mata. – Astro AWANI

Tags: Ahmad Faizal AzumuErra Faziraibu tunggalisteri kedua
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi Digital RMK-12

Next Post

BNM Sedia Kerjasama Siasat Pendedahan Pandora Papers

Related Posts

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

21/09/2024
0

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), warga emas, bayi...

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Next Post

BNM Sedia Kerjasama Siasat Pendedahan Pandora Papers

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd