• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SEPADU Sekretariat Pelaksanaan ‘Keluarga Malaysia’

oleh
08/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan menjadi sebahagian daripada sekretariat bagi pelaksanaan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menurut buku kecil `Keluarga Malaysia’, setiap kementerian dan agensi berkaitan perlu mengusul dan mencadangkan kriteria program masing-masing mengikut kesesuaian dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri.

Justeru, bagi memastikan prestasi menyeluruh konsep ‘Keluarga Malaysia’, Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) perlu disertakan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kod skor pihak pemegang taruh.

Buku kecil tersebut juga memaklumkan garis panduan KHO akan disediakan berasaskan nilai sejagat sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual menyempurnakan prapelancaran Keluarga Malaysia pada majlis yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen, petang ini.

Konsep Keluarga Malaysia yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh.

Pelancaran rasmi konsep Keluarga Malaysia dijadual diadakan pada 22 Oktober di Kuching, Sarawak yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan. – BERNAMA

Tags: jabatan perdana menterikeluarga malaysiaSEPADU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

8.7 Juta Keluarga Malaysia Nikmati Manfaat Inisiatif BKM

12/11/2022
1

MUAR : Sejak diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022, inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah memanfaatkan kira-kira 8.7 juta penerima. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum Sambutan Hari Kebangsaan 2022

31/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini, teruja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd