• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Tak Faham Mengapa Dikaitkan” – Idris Haron

oleh Mohd Arshad
04/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang dikaitkan dengan gerakan untuk menumbangkan kerajaan negeri Melaka, hari ini tampil menafikan pembabitannya.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, tidak tahu mengapa namanya dikaitkan sedangkan secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa gerakan menumbangkan kerajaan oleh pelbagai pihak, namun menegaskan langkah berkenaan bukan usahanya.

“Saya rasa mungkin ada gerakan daripada pelbagai pihak, tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya.

“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Sebelum ini, Idris yang juga Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pengurusan Banjir antara empat nama ADUN yang didakwa akan menyertai Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Senario itu sekali gus bakal menyaksikan Kerajaan Negeri Melaka yang sebelum ini pernah dipimpin PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, sebelum tumbang, akan kembali bertukar tangan.

Antara nama lain yang dikaitkan termasuk Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).

Norhizam yang sebelum ini menang pada PRU lalu atas tiket PH bagaimanapun telah manafikan dakwaan berkenaan manakala dua lagi ADUN masih mendiamkan diri.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bakal ‘melompat’ parti itu, Idris menegaskan perkara itu tidak berlaku.

“No such thing, tiada lompatan,” tambahnya ringkas.

Sementara itu, satu sumber memberitahu, usaha pihak tertentu mengumpul Akuan Bersumpah (SD) daripada sebilangan ADUN kerajaan untuk mendapatkan sokongan bagi menumbangkan kerajaan negeri tidak berhasil.

Dakwanya, usaha berkenaan menemui jalan buntu apabila ada ADUN yang membuat pusingan-U.

“Memang mulanya ada wakil rakyat kerajaan sudah menandatangani SD untuk bersama PH dan tumbangkan kerajaan negeri ini, namun usaha itu gagal selepas ada antara mereka membatalkannya.

“Bagaimanapun mungkin akan ada perubahan dalam struktur kerajaan negeri sehari dua ini, tetapi kerajaan sedia ada kekal. Tunggu sajalah,” katanya.

Untuk rekod Kerajaan Melaka dipimpin Sulaiman daripada UMNO selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH yang tumbang Mac tahun lalu.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11. – Astro AWANI

Tags: ADUN MelakaIdris HaronUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Ramai Pemimpin, Ahli Mahu Kembali Sertai UMNO” – Zahid

Next Post

Ahli Bersatu Hina Pemain India

Related Posts

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Ketua-Ketua UMNO Adakan Perjumpaan Khas Malam Ini

Ketua-Ketua UMNO Adakan Perjumpaan Khas Malam Ini

17/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Satu perjumpaan khas yang melibatkan ketua-ketua UMNO bahagian dari seluruh negara dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di...

Next Post

Ahli Bersatu Hina Pemain India

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd