• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Pembiayaan Covid-19 Dibentang Kali Kedua

oleh
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan rang undang-undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2021 yang bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan yang diumumkan kerajaan sejak awal tahun, dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan rang undang tersebut berkata pakej bantuan dan rangsangan yang merangkumi PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion.

Katanya, pindaan RUU itu bagi memperoleh kelulusan untuk meningkatkan had siling perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion, serta peningkatan had hutang statutori daripada 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kepada 65 peratus yang bertujuan membiayai langkah seterusnya bagi tahun ini dan 2022 dalam memastikan momentum pemulihan negara dapat diteruskan.

“Berdasarkan kedudukan semasa KWC-19 Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa peruntukan tahun ini tidak mencukupi untuk membiayai pakej-pakej tersebut.

“Ini kerana sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan, dan baki siling setakat hujung September 2021 adalah berjumlah RM5 bilion sahaja,” katanya ketika membentangkan rang undang-undang tersebut.

Tengku Zafrul berkata, mengambil kira keperluan tambahan tersebut, serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan 2022, adalah wajar supaya Akta 830 dipinda untuk menampung peningkatan had siling KWC-19 kepada RM110 bilion.

Namun, dalam jangka masa sederhana, katanya, kerajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025.

Beliau berkata, RUU tersebut merangkumi tiga fasal yang termasuk anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon untuk diluluskan di bawah Fasal 3 RUU iaitu sebanyak RM45 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah RM45 bilion tersebut, ia dipecahkan kepada tujuh bahagian, iaitu RM12.7 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Program Subsidi Upah daripada RM18.3 bilion kepada RM31 bilion melalui pakej PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH.

“Kedua, sebanyak RM15.8 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Nasional daripada RM25.2 bilion kepada RM41 bilion, mengambil kira kelulusan rayuan serta peningkatan pemberian di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan.

“Ketiga, sebanyak RM2 bilion untuk meningkatkan peruntukan Projek Berskala Kecil bagikontraktor kecil kelas G1 hingga G4 daripada RM4 bilion kepada RM6 bilion, selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi sekali gus menjana ekonomi negara,” jelasnya.

Ia juga memerlukan RM3.6 bilion bagi penambahan peruntukan Geran PRIHATIN PKS daripada RM2.4 bilion kepada RM6 bilion; dan RM1 bilion bagi peningkatan had amaun bagi Pinjaman Mikro Kredit di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional, serta pindaan nama kepada Pinjaman Mikro Kredit berjumlah RM2 bilion.

Selain itu, RM4 bilion diperlukan untuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 daripada RM5 bilion kepada RM9 bilion; dan RM5.9 bilion bagi meningkatkan sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas daripada RM110 juta kepada RM6.01 bilion.

RUU tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 28 September 2021 di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatRUU Pembiayaan Covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operator Pengangkutan Awam Perlu Semak Sijil Vaksinasi Penumpang

Next Post

Masih Boleh Temu Janji Di Klinik Terpilih

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post

Masih Boleh Temu Janji Di Klinik Terpilih

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd