• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

oleh
06/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021 (RUU Kawalan) bukan bertujuan menyekat kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad, berkata undang-undang itu jika diluluskan kelak hanya terpakai kepada orang Islam.

“Sebenarnya RUU ini adalah sekatan pengembangan doktrin atau pengembangan agama dalam kalangan orang Islam saja. RUU ini bukan bertujuan menyekat kebebasan beragama dalam kalangan bukan Islam.

“Orang bukan Islam bebas untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan mereka, tidak dalam kalangan orang Islam,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan asal Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas), Idris berkata, selepas RUU itu dimuktamadkan kelak, kedua-duanya akan dibentang kepada negeri-negeri dalam persidangan penyelarasan undang-undang syarak dan sivil yang dijadual diadakan pada Selasa hingga Khamis minggu depan.

Beliau berkata, sepanjang 2020 dan 2021, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang ditubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) sudah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan RUU 355.

“Dengan melihat daripada pelbagai aspek khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak supaya RUU 355 lebih komprehensif dan seterusnya memperkasa bidang kuasa jenayah mahkamah syariah,”katanya.

Berhubung RUU Kawalan pula, katanya jawatankuasa teknikal turut mengadakan beberapa siri mesyuarat sepanjang 2020 dan 2021 bagi membincangkan RUU ini.

“Selain itu, jawatankuasa teknikal turut menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil khusus bagi meneliti secara lebih mendalam RUU Kawalan ini dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan terhadap RUU Kawalan bagi memastikan ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan, RUU 355 dan RUU Kawalan perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, bertujuan mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU berkenaan. – myMetro Online

Tags: bukan Islamkebebasan beragamaRUU 355RUU Kawalan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

200,000 Pelarian Rohingya Di Malaysia

Next Post

Buat Ujian Kendiri COVID-19 Sebelum Balik Kampung – KJ

Related Posts

Kerajaan Giat Usaha Draf RUU 355

15/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang mempergiat usaha mendraf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah...

Bakar Tafsir Al-Quran Kecewa Kekasih Berubah Hati

15/06/2021
0

ALOR SETAR - Motif seorang lelaki bukan Islam yang membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Tabung Haji...

Next Post

Buat Ujian Kendiri COVID-19 Sebelum Balik Kampung - KJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd