• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Kereta Rasmi Bekas Exco Melaka

oleh Mohd Arshad
13/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis merampas kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee di sebuah kondominium di Melaka.

Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan semalam itu menyusul laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka pada Isnin “mengenai kereta Toyota Camry berwarna hitam dengan nombor pendaftaran MAL 3” yang tidak dipulangkan Norhizam, yang juga bekas Exco.

Bekas pemimpin DAP itu adalah seorang daripada empat ADUN Melaka yang menarik balik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali pada 4 Oktober lalu menyebabkan kerajaan pimpinannya kehilangan sokongan majoriti.

Ia seterusnya menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya mengejut.

Majid berkata, siasatan awal mendapati surat arahan memulangkan kenderaan itu telah dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Oktober dan diserahkan kepada pegawai khas Norhizam.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas satu anak kunci kereta, sekeping kad Touch ‘N Go dan satu kad minyak daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu rasmi Norhizam.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Majid berkata, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta itu boleh diletakkan di tempat letak kereta kondominium terbabit dan kaitannya dengan pemilik lot tempat letak kereta berkenaan. – FMT

Tags: ADUN MelakaEXCO Kerajaan Negeri Melaka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengaruh Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri

Next Post

Harga RON97 Naik 10 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Related Posts

Kedudukan 3 Bekas ADUN Di Peringkat Akhir Perbincangan – Anwar

02/11/2021
0

PORT DICKSON - Kedudukan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka untuk bertanding atas tiket gabungan Pakatan Harapan (PH)...

PH Adalah Punca Kerajaan Melaka Tumbang

27/10/2021
0

Daripada 4 orang ADUN yang tumbangkan kerajaan Melaka termasuk 2 orang UMNO, seorang dari PPBM-PH dan seorang bekas DAP-PH.

Next Post

Harga RON97 Naik 10 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd