• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Hargai ‘Jasa’ ADUN Jatuhkan Kerajaan Melaka – Shahril Hamdan

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dilihat menghargai ‘jasa’ bekas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat menjatuhkan kerajaan negeri Melaka, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Katanya ini kerana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laporan media memaklumkan bersedia menjalinkan kerjasama dengan pemimpin itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.

“Hari ini kita telah dapat jawapan – PH terbuka menjalin kerjasama dalam PRN Melaka. Kita tunggu apakah ini bermaksud kelak rakyat akan diminta pilih tiga individu ini atas tiket PH. Jika tidak sekalipun, nampaknya PH menghargai ‘ ‘jasa’ dan menganggap mereka sebagai aset.

“Ya, UMNO tidak maksum. Tapi PH juga tak perlu acah suci. Semoga rakyat Melaka dapat mempertimbang dengan sepenuhnya apa yang telah berlaku, siapa dalangnya, dan siapa menangguk di air keruh.

“Bukan Ketua Menteri. Bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka. Dan tentunya bukan parti jauh sekali akar umbi UMNO khususnya di Melaka. Tetapi tiga orang ADUN berserta tukang catur dan sorak mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu juga sekali lagi menegaskan bahawa UMNO tidak wajar dipersalah kerana tindakan dua bekas ahli di Melaka dan seorang lagi ADUN yang telah membawa kepada pembubaran DUN dan PRN Melaka.

“UMNO tegas dan tangkas untuk memecat keahlian mereka. Apapun kelemahan UMNO, tiada siapa boleh pertikai parti mengambil tindakan yang jelas dalam hal ini dalam masa 24 jam. Tetapi di pihak ‘sana’ mereka berjumpa dan bermesra dengan orang-orang sama yang digunakan untuk memukul dan mentertawa UMNO.

“Dalam ucapan di sebuah majlis PKR, orang-orang sama itu dirujuk sebagai ‘panglima’. Ada yang kata, apa salahnya Presiden PKR berjumpa dengan ADUN Melaka? Ok, tak salah pun berjumpa.

“Tapi apa ertinya apabila meraikan mereka dan merujuk mereka sebagai ‘panglima’,” katanya.

Terdahulu pada awal Oktober empat ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – UMNO Online

Baca: Kedudukan Tiga Bekas ADUN Di Peringkat Akhir Perbincangan – Anwar

Tags: pakatan harapanPRN MelakaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd