• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan KKM Dan Kumpulan Anti Vaksin Belum Berhasil

oleh
28/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan anti vaksin masih belum berhasil.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pertemuan itu diatur bagi membolehkan pihaknya memberi penjelasan mengenai kepentingan vaksin.

“Usaha mengatur pertemuan antara KKM dengan wakil kumpulan anti vaksin masih belum berhasil.

“Saya (sebelum ini) ada sebut, perjumpaan dengan golongan anti vaksin adalah bagi memberi penerangan. Saya bimbang mereka mendapat maklumat yang salah atau persepsi yang salah, anggapan yang salah.

“Setakat ini, tidak ada kumpulan anti vaksin yang respond (beri maklum balas) kepada saya,” katanya ketika sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Triang 2, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status cadangan dikemukakan KKM dalam sidang Dewan Rakyat pada 17 Oktober lalu untuk mengadakan perjumpaan dengan kumpulan antivaksin yang masih dengan pendirian mereka menolak pengambilan vaksin Covid-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Azmi berkata, kira-kira 8,000 klinik swasta dan pakar sudah mendaftar untuk mengambil alih program vaksinasi selepas semua PPV ditutup.

“Sekarang pun sudah banyak PPV ditutup, PPV mega ditutup dan kita akan serahkan kepada klinik swasta untuk meneruskan proses vaksinasi.

“Sebelum ini kita sudah ada lebih 2,000 klinik swasta berdaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), dan sekarang kita ada 8,000 lebih yang akan meneruskan program vaksinasi ini.

“Maknanya, program suntikan vaksin tidak akan terjejas sepanjang musim tengkujuh dan kita juga yakin dapat melengkapkan proses suntikan vaksin untuk remaja pada 21 November ini,” katanya.

Mengulas status vaksinasi di Pahang, katanya, seramai 1.11 juta penduduk sudah menerima vaksin lengkap menjadikan kadar imunisasi bagi populasi di negeri itu sebanyak 95 peratus.

Katanya, daripada jumlah itu, 992,976 atau 84.5 peratus adalah orang dewasa manakala 119,823 atau 69.3 adalah remaja.

Tambahnya, seramai 8,323 petugas barisan hadapan KKM di Pahang sudah menerima dos penggalak. – myMetro Online

Tags: anti vaksinKKMvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

Bedah Siasat Syamsul Haris Dijalankan Ikut Prosedur Forensik – KKM

27/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan proses bedah siasat forensik dalam kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd