• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nilai Rt COVID-19 Bawah 1.00 Tempoh Sebulan Berturut-Turut

oleh
14/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara merekodkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pada 0.88 untuk tempoh tiga hari berturut-turut sehingga semalam, sekali gus kekal berada di bawah 1.00 dalam tempoh sebulan ini.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Facebooknya.

Bagi negeri pula hanya dua negeri yang merekodkan bacaan Rt di atas 1.00 iaitu Negeri Sembilan dengan 1.03 dan Putrajaya (1.07).

Labuan pula tidak merekodkan sebarang kes semalam manakala Sarawak mencatatkan Rt terendah iaitu 0.78.

Negeri lain ialah Selangor dengan 0.92; Sabah 0.87; Pulau Pinang 0.82; Johor 0.83; Kelantan 0.96; Melaka 0.88 dan Kuala Lumpur 0.95.

Kedah pula 0.87; Pahang 0.89; Perak 0.84; Terengganu 0.94 dan Perlis 0.99.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan (KKM), Rt terendah pernah dicatatkan adalah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Jumlah Rt tertinggi yang pernah direkodkan negara ialah 1.16 pada 28 Julai lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berdasarkan Model Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR) Unjuran dan Pemerhatian Kes Harian COVID-19 yang dikongsi Dr Noor Hisham, kes harian boleh menurun di bawah jumlah 3,000 menjelang hujung Disember jika kadar vaksinasi populasi berusia 12 tahun ke atas mencapai 80 peratus. – BH Online

Tags: KKMRt Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd