• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Malaysia Antara Negara Lemah Kewangan

oleh
05/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bukan antara negara mempunyai kelemahan kewangan sehingga perlu diurus oleh syarikat penyedia perkhidmatan luar pesisir yang terbabit kebocoran fail sulit didedahkan Kertas Pandora, semalam.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sektor kewangan di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kawal selia itu melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759).

“Manakala aktiviti kewangan luar pesisir dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) melalui penguatkuasaan Akta perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (Akta 704) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Sekuriti Islam Labuan 2010 (Akta 705),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.

Ia susulan dokumen kewangan yang dibocorkan secara besar-besaran diterbitkan beberapa organisasi berita utama.

Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ), sebuah rangkaian wartawan dan organisasi media yang berpusat di Washington, mengatakan bahawa fail berkenaan dihubungkan dengan kira-kira 35 pemimpin negara kini dan dahulu, dan lebih 330 ahli politik serta pegawai awam di 91 negara dan wilayah.

Pendedahan itu membabitkan lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di tempat perlindungan cukai di seluruh dunia.

Tengku Zafrul menjelaskan lagi, mana-mana individu boleh membuka akaun dengan mana-mana bank berlesen termasuk akaun luar pesisir.

Bagaimanapun, katanya, semua pelanggan yang membuka akaun di bank berlesen di kawal selia BNM atau akaun bank luar pesisir yang dikawal selia oleh Labuan FSA.

Menurutnya, kesemua pembukaan akaun itu mesti lulus proses usaha wajar pelanggan seperti disyaratkan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. – myMetro Online

Tags: Bank Negara Malaysiafail kewangan sulitKertas Pandora
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehilangan Bella Masih Misteri, Polis Teruskan Siasatan

SPRM Siasat Tun Daim Berdasarkan Maklumat Kertas Pandora

30/12/2023
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berdasarkan maklumat Kertas...

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd