• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamaddin Ketapi Tinggalkan Warisan

oleh Mohd Arshad
02/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Situasi Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi bergolak apabila salah seorang pemimpin veteran parti itu bertindak meninggalkan parti.

Hari ini, dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi membuat keputusan keluar Parti Warisan (Warisan) dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata keputusan keluar parti itu dibuat beliau selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.

“Sudah lebih setahun saya berada di pihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu. Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam,” katanya.

Tambah Mohamaddin, ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tahun lalu, beliau berjanji kepada pengundi Segama untuk membawa seberapa banyak kemajuan dan pembangunan di kawasan itu.

Ujar beliau, sekiranya beliau masih berada dalam kelompok pembangkang, sudah tentu kemajuan serta pembangunan di DUN Segama akan terus terabai dan tidak akan maju.

Beliau menjelaskan selaku wakil rakyat bebas beliau mempunyai hak untuk menyokong sebarang usaha kerajaan yang bertunjangkan kebajikan rakyat.

Tambahnya, di peringkat kerusi parlimen beliau memilih untuk kekal bebas tanpa menyokong mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Mohamaddin menyatakan walaupun mesra kepada kerajaan negeri bagi DUN yang diwakili namun beliau memaklumkan dirinya kekal menjadi seorang Ahli Parlimen bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak di peringkat Persekutuan.

“Bagaimanapun, saya sangat berbesar hati untuk mengundi dan menyokong usaha Kerajaan Persekutuan sekiranya undi yang ada pada saya iaitu satu undi Bebas boleh membantu membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Hal ini disebabkan sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat yang dipilih pengundi bagi menjayakan sebarang usaha kerajaan untuk negara secara keseluruhannya,” katanya.

Menyentuh isu ‘beli’ wakil rakyat yang memungkinkan keputusan itu dibuat beliau, Mohamaddin berkata tiada unsur pembelian dalam pengumuman yang dibuat pada Sabtu.

“Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat,” jelasnya. – Astro AWANI

TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Mohamaddin Ketapiwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Lumpuh Akibat Jangkitan Kuman Dalam Darah

Next Post

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd