• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menelusuri Sirah Rasulullah SAW

oleh
21/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIRAH memaparkan kisah suka duka perjalanan Rasulullah SAW sejak detik kelahiran hingga kewafatan Baginda, tentunya mempengaruhi emosi pembaca menghayati setiap kisah perjalanan.

Ia mampu menyuntik semangat dan motivasi pembaca untuk terus berusaha dan tidak menyerah kalah hingga membuahkan kejayaan luar biasa.

Menelusuri sirah, Nabi SAW dilahirkan dalam keadaan yatim dan tidak pernah menatapi wajah ayahnya, malah ibunya, Aminah Wahab pula meninggal dunia ketika usianya 6 tahun. Dijaga pula datuknya, namun tempoh itu juga tidak lama kerana datuknya juga meninggal dunia dan anak ini dijaga pula oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Permulaan kisah dipaparkan dalam sirah sudah tentu menyentuh emosi awal pembaca kerana Baginda sejak kanak-kanak perlu menempuh cabaran hidup.

Menempuh alam remaja dengan menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Nabi SAW memiliki sifat terpuji, tidak pernah berbohong, tidak menipu dalam jual beli dan timbangan sukatan. Maka, gelaran al-Amin sinonim dengan diri Baginda.

Bermula saat itu, ia membawa detik pertemuan dengan wanita yang menjadi isteri pertama Rasulullah SAW, iaitu Sayidatina Khadijah Khuwailid. Melayari kehidupan suka dan duka dalam memikul amanah menyebarkan Islam kepada penduduk Makkah dengan sokongan padu daripada insan tersayang.

Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa usaha dan semangat tidak pernah putus. Sirah memaparkan Rasulullah SAW pada peringkat awal pendakwahan sentiasa dicemuh dan dihina, dilemparkan najis dan batu, dituduh gila dan ahli sihir malah turut mendapat pelbagai ancaman.

Namun dengan sifat amanah, tabligh (menyampaikan), fathonah (bijaksana) dan siddiq (benar), Rasulullah SAW tetap bersabar dalam menjalankan tanggungjawabnya menyampaikan ajaran Islam.

Kisah kesedihan tokoh ini digambarkan pada tahun dinamakan ‘Ammun Hazin (Tahun Kesedihan) apabila dua insan disayangi dan menjadi tulang belakang dakwah Baginda meninggal dunia, iaitu Khadijah dan Abu Talib.

Walaupun perjalanan kehidupan Nabi Muhammad SAW ditinggalkan insan tersayang sejak kecil lagi, Baginda sentiasa berusaha untuk bangkit atas satu tujuan menyebarkan agama Islam.

Pada tahun-tahun berikutnya, Rasulullah SAW mengambil inisiatif dengan melakukan penghijrahan. Rentetan perubahan itu, maka terbina sebuah negara Islam pertama, iaitu Madinah al-Munawwarah yang nama asalnya Yathrib.

Masjid pertama dibina dalam sejarah Islam, iaitu masjid Quba’, begitu juga perlembagaan negara Islam digubal, iaitu Sahifah Madinah dan penyatuan puak atau suku, dalam erti kata lain adalah perpaduan. Di sini Islam mula berkembang dan mendapat sokongan ramai.

Bagaimanapun, musuh tetap wujud dan sentiasa menentang usaha perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW. Berlaku peperangan antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Secara umumnya, peperangan yang berlaku mempunyai ibrah atau pengajaran besar bagi mereka menghayati setiap kisah di sebaliknya.

Darah mengalir itulah menjadi saksi di atas setiap pengorbanan dalam perjuangan. Kerjasama, semangat jihad, patuh pada arahan, komunikasi dan musyawarah adalah antara kunci kejayaan kisah peperangan dalam Sirah Nabawiyah.

Islam berkembang luas, pengikut Nabi Muhammad SAW bertambah ramai, pengaruh Baginda begitu besar. Turun wahyu terakhir dari surah al-Maidah ayat 3, iaitu “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu.”

Ayat ini menggambarkan misi dan visi perjuangan Islam selesai dan sempurna. Detik kewafatan Baginda pada akhir Sirah Nabawiyah sudah tentu menyayat hati pembaca yang menghayatinya. Kisah pengakhiran seorang tokoh hebat dalam sebuah karya agung ini mampu mengalirkan air mata pembaca.

Dalam kehidupan ini ada kalanya untuk meraih kejayaan, kita perlu berubah daripada satu keadaan kepada keadaan lain. Perubahan atau penghijrahan bukanlah perkara mudah, tetapi dari situlah bermulanya perjalanan untuk mengeluarkan diri daripada zon selesa kepada satu anjakan lebih baik lagi.

Ramai mengeluh dengan cabaran kehidupan ini. Namun, percayalah Allah tidak akan mengubah sesuatu keadaan selagi kita tidak berusaha ke arah itu.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri.” (Al-Rad: 11)

Sirah Nabawiyah mendapat tempat di hati seluruh masyarakat Muslim di dunia. Maka tidak hairan jika karya ini ditulis bukan sahaja dalam bahasa Arab, malah pelbagai bahasa di dunia.

Di Nusantara umpamanya, karya ini dikarang sejak awal abad kemasukan Islam ke alam Melayu. Karya sirah turut dipersembahkan dalam bentuk kreatif, iaitu hikayat dengan penceritaan dan gaya bahasa tersendiri.
Pelbagai manuskrip Melayu antaranya Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Mikraj dan Hikayat Bulan Berbelah membuktikan masyarakat Melayu Islam mengangkat tokoh ini sebagai insan disanjung tinggi.

Tags: Nabi Muhammad SAWRasulullah SAW
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tersentuh Jiwa Tengok PM Tolak Kerusi Roda Bekas Bos

Next Post

Penerima Sinovac Boleh Ambil Dos Penggalak Pfizer Bermula Esok

Related Posts

Sirah Dan Sejarah Nabi Muhammad SAW

20/10/2021
1

NABI Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Makkah. Bapa baginda bernama...

Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

08/10/2021
0

SURAQAH bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang sangat cekap. Ketika pembesar kaum musyrikin Makkah menawarkan 100 ekor unta betina...

Next Post

Penerima Sinovac Boleh Ambil Dos Penggalak Pfizer Bermula Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd