• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Boleh Temu Janji Di Klinik Terpilih

oleh
11/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penduduk di Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi Covid-19 atau melengkapkan dos kedua boleh mendapatkan imunisasi berkenaan secara percuma di 98 klinik swasta terpilih atau klinik kerajaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya tadi memaklumkan, bagi menambah baik akses pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) membangunkan program tempahan vaksin untuk golongan dewasa bermula semalam di fasiliti kesihatan swasta terpilih yang berdaftar bawahnya.

“Buat masa ini, individu di Lembah Klang yang ingin mendapatkan janji temu vaksinasi perlu menghubungi dan membuat tempahan dengan mana-mana fasiliti swasta terpilih.

“Program vaksinasi secara tempahan ini bagi mengelakkan pembaziran dan ketidakpastian permintaan vaksin.

“Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan dewasa yang baru mendaftar dan belum mendapat janji temu, golongan dewasa yang terlepas janji temu dos pertama atau dos kedua dan juga golongan lain yang akan diumumkan oleh KKM dari masa ke semasa,” katanya tadi.

Media sebelum ini menyatakan sehingga kini terdapat 5.2 peratus individu yang belum divaksin. Peratusan berkenaan membabitkan kira-kira 1.224 juta penduduk dewasa di seluruh negara.

KKM berkata, individu yang ingin mendapatkan pelalian berkenaan boleh menghubungi fasiliti yang terpilih bagi mendapatkan slot janji temu dahulu dan akan diberikan tarikh untuk diberikan vaksin. – myMetro Online

Tags: klinik kerajaanklinik swastaLembah Klangvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

Rapid Bus Laksana Penstrukturan Semula Laluan Bas Terpilih Di Lembah Klang

11/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan melaksanakan penstrukturan semula di beberapa laluan bas terpilih di Lembah Klang...

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

Serbu Rumah Di Lembah Klang, SPRM Jumpa Wang Tunai RM7.5 Juta Dalam Kotak

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah RM7.5 juta ditemui dalam sebuah rumah yang diserbu pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd