• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Klinikal Sinovac Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun

oleh Mohd Arshad
26/10/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi itu merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinikal Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinikal.

“Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

“Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV), KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinikal atau Real World Data,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Mengulas lanjut, Aaron Ago memaklumkan beberapa kajian klinikal sedang dan telah dijalankan di peringkat global.

“Pada 20 September 2021 pihak Pfizer-BioNTech mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal Fasa 3 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Vaksin didapati selamat, ditoleransi dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat.

Seterusnya berdasarkan kenyataan media pihak Pfizer and BionTech pada 15 Oktober 2021, data kajian klinikal tersebut telah dikemukakan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan European Medicines Agency (EMA),” jelasnya.

Selain itu katanya, China telah meluluskan dua vaksin COVID-19 yang dihasilkan Sinovac Biotech Ltd. dan Sinopharm untuk penggunaan kecemasan untuk mereka berusia tiga hingga 17 tahun.

Menurutnya, kajian klinikal Fasa 1 dan 2 yang dijalankan oleh mereka mendapati vaksin tersebut selamat dan mampu merangsang tindak balas imun yang kuat di kalangan kanak-kanak dan remaja. – Astro AWANI

Tags: kanak-kanakParlimenSinovacvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd