• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Indonesia Perlu Perkukuh Kerjasama

oleh Mohd Arshad
26/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Indonesia perlu menggembleng tenaga sebagai rakan serumpun menerusi gagasan ASEAN dalam mendepani dan menangani ketidaktentuan global ketika ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, berkata ASEAN adalah kesatuan ekonomi bermatlamat memupuk daya saing dan integrasi ekonomi kukuh bagi perdagangan serta pelaburan dalam kalangan negara anggota.

Dalam situasi mencabar ini, katanya, Malaysia dan Indonesia perlu meningkat dan memperkukuh kerjasama berdasarkan semangat ASEAN merentasi semua bidang termasuk penyelidikan.

“Perkongsian kemakmuran secara kolektif dan inklusif hanya dapat direalisasikan apabila segala ketidaktentuan kesan COVID-19 ditangani secara berkesan.

“Memang sukar untuk memastikan ekonomi Malaysia-Indonesia kembali berada di landasan betul tetapi tidak mustahil jika kedua-dua negara mengetepikan segala perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan atas semangat ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Pengurusan dan Perakaunan Malaysia-Indonesia (MIICEMA) Ke-21 secara maya, hari ini.

Persidangan bertemakan ‘Integrasi ASEAN ke arah Perkongsian Kemakmuran dalam Ketidaktentuan Global’ itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Ahmad Amzad berkata, tiga aspek penting perlu diberi fokus dalam merealisasikan matlamat integrasi ASEAN demi perkongsian kemakmuran bersama khususnya antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya, kedua-dua negara perlu memperkukuhkan paradigma kolaborasi, selain pulih bersama dan menetapkan visi untuk kerjasama masa depan.

“Bagi menambah momentum integrasi ini, kita mesti menghubungkan kembali ekonomi dan perniagaan menggunakan semua sumber yang dimiliki daripada perjanjian perdagangan bebas ke koridor perniagaan penting.

“Malaysia-Indonesia perlu mendorong wakil perniagaan daripada kedua-dua negara untuk meneroka potensi bagi memperkukuh pembabitan ekonomi antara Malaysia, Indonesia dan negara ASEAN lain.

“Kedua-dua negara mesti selalu memilih kerjasama daripada persaingan, dialog berbanding persaingan, kerjasama saling menguntungkan berbanding ‘zero sum game’ yang mana satu pihak menang atas kekalahan pihak lain,” katanya.

Beliau berkata, teknologi dan pendigitalan kerajaan menjadi agenda nasional ketika ini dan keutamaan dalam mendepani ketidaktentuan global.

“Penularan wabak menyaksikan teknologi menjadi senjata utama bagi mendepani COVID-19 menerusi inovasi vaksin.

“Teknologi juga menjadi sebahagian dalam norma baharu kehidupan merentasi semua aspek baik pekerjaan, pendidikan mahu pun komunikasi sosial bersama ahli keluarga, sahabat, jiran dan rakan sekerja.

“Pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan aktiviti ekonomi lain secara dalam talian adalah norma baharu masa kini dan akan datang,” katanya. – BH Online

Tags: IndonesiaMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd