• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ Garis 3 Teras Utama

oleh
08/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep ‘Keluarga Malaysia’ menggariskan tiga teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk bekerja secara bersama-sama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19.

Menurut buku kecil yang mengandungi maklumat ringkas ‘Keluarga Malaysia’ itu, tiga teras utama tersebut ialah Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

Bagi pengkayaan nilai-nilai di bawah tiga teras berkenaan termasuk menyemai budaya integriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga dan menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.

Nilai lain ialah menerapkan budaya ilmu dalam masyarakat dan keluarga, menyuburkan budaya komunikasi berhemah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta membina akhlak mulia seluruh anggota keluarga.

Turut digariskan ialah nilai kebertanggungjawaban terhadap keluarga, membudayakan amalan ihsan dalam memupuk semangat kebersamaan keluarga, memastikan suasana harmoni dapat dikecapi keluarga serta menyemai budaya khidmat dalam keluarga bagi membantu ahli yang memerlukan bantuan.

Nilai lain ialah menjaga kehormatan dan maruah keluarga, menyemaikan semangat prihatin untuk membantu ahli keluarga, menerapkan budaya kesabaran dalam mengekalkan keharmonian keluarga dan menyemai semangat keamanan serta kesejahteraan dalam diri ahli keluarga.

Tidak ketinggalan ialah aspek hidup beriman, membudayakan amalan sihat fizikal dan mental, mengekalkan tradisi dan adat kekeluargaan, kasih sayang, hormat dan taat.

Sementara itu, buku kecil berkenaan juga berkongsi visi, matlamat, hala tuju strategik, mesej dan bidang tumpuan utama konsep tersebut.

Visi ‘Keluarga Malaysia’ ialah memulihkan negara, mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang bermatlamat sebagai aspirasi jangka panjang kalis cabaran masa hadapan dalam mencapai visi itu berlandaskan ‘Keberhasilan Kebahagiaan’.

Selaras dengan situasi semasa, ia turut menggariskan hala tuju strategik iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa akan berganding bahu memulihkan negara daripada impak-impak negatif akibat COVID-19.

Turut dikongsi bidang tujuan utama yang merangkumi menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia di bawah naungan Keluarga Malaysia, mengetepikan perbezaan politik untuk mencapai kestabilan, memulih semula dan merapatkan jurang ekonomi.

Secara amnya, mesej keseluruhan konsep ini ialah ‘Keluarga Malaysia’ dapat menerima persamaan dan perbezaan berdasarkan nilal-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia berlandaskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Rukun Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM pada 4 petang, hari ini.

Pendekatan yang julung kali disebut dalam ucapan sulung Perdana Menteri pada 22 Ogos antara lain mengajak rakyat negara ini mengetepikan perbezaan dalam menggembleng tenaga untuk memulihkan semula negara dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum serta mengajak semua rakyat di negara ini bersama-sama sebagai sebuah keluarga yang utuh.

Pelancaran rasmi konsep Keluarga Malaysia dijadual diadakan pada 22 Oktober di Kuching, Sarawak yang dikenali sebagai bandar raya perpaduan. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri Yaakobkeluarga malaysiaPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

Next Post

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen Libat TMJ

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen Libat TMJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd