• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Kesan 392 Kes COVID-19 Varian Delta, Beta

oleh
07/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 392 kes lagi yang mempunyai varian yang membimbangkan (VOC) membabitkan 384 varian Delta (B.1.617.2) dan selebihnya varian Beta (B.1.351), setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata varian berkenaan berjaya dikesan hasil kajian berterusan yang dijalankan oleh Institut Biologi Molekul Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UMBI-UKM), Fakulti Perubatan Universiti Malaysia dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) Universiti Teknologi MARA.

Beliau berkata, kajian berkenaan turut dijalankan oleh Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Universiti Malaya (TIDREC-UM), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Genom Malaysia (GMI).

“UMBI-UKM mengenalpasti sebanyak 91 kes yang kesemuanya varian Delta, FOM-UM (83 kes iaitu 79 varian Delta serta empat varian Beta), iPROMISE-UiTM (77 kes varian Delta) dan TIDREC-UM (51 kes iaitu 50 varian Delta dan satu Beta).

“Varian berkenaan turut dikesan oleh GMI iaitu sebanyak 48 kes membabitkan 47 varian Delta dan satu Beta, IMR (42 kes iaitu 40 varian Delta dan dua varian Beta),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memperincikan mengenai varian berkenaan, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi Beta masing-masing tiga dikesan di Selangor dan Sabah manakala masing-masing satu dilaporkan di Negeri Sembilan dan Kelantan.

“Bagi 384 kes varian Delta semua negeri terdapat penambahan iaitu sejumlah 109 kes dikesan di Selangor, Pulau Pinang (46), Kuala Lumpur 942), Negeri Sembilan (34), Pahang (33), Melaka (31), Johor (28), Sabah (21), Terengganu (16), Kelantan (12), Perak (7), masing-masing dua di Putrajaya dan Labuan serta satu di Kedah,”katanya.

Dr Noor Hisham berkata, perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant Under Monitoring (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes.

“Daripada jumlah berkenaan, 2,232 kes adalah VOC dan 20 kes lagi adalah varian mempunyai kepentingan (VOI). Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 1,996 varian Delta, Beta (222) dan Alpha (14).

“Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah membuat semakan semula pada 30 September lalu dan mendapat terdapat hanya dua VOI yang baru iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta dikategorikan sebagai VUM,” katanya. – BH Online

Tags: KKMpandemik COVID-19varian betaVarian Delta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Kematian COVID-19 Dalam Tempoh 24 Jam

Next Post

Pintu Sempadan Negara Tak Akan Dibuka Sewenang-Wenangnya

Related Posts

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

Muktamad Kadar Yuran Rundingan: Hartal Doktor Kontrak Bimbang Satu Lagi Janji Manis KKM

04/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Hartal Doktor Kontrak bimbang jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memuktamadkan kadar yuran rundingan pegawai perubatan am (GP) dalam...

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

Gula-gula Kenyal Masih Dijual Di Platform Dalam Talian

22/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Penjualan produk gula-gula kenyal atau gummy berbentuk mata dikesan masih berleluasa di kebanyakan platform dalam talian walaupun arahan...

Next Post

Pintu Sempadan Negara Tak Akan Dibuka Sewenang-Wenangnya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd