• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Berpegang Teguh Pada Prinsip ‘Semua Tak Ketinggalan’

oleh
04/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berpegang teguh kepada prinsip ‘semua tidak ketinggalan’ di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang dilancarkan baru-baru ini dalam usahanya menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’, RMK-12 akan menangani perbezaan pembangunan antara negeri-negeri dan jurang pendapatan antara kumpulan sosioekonomi.

“Atas nama Keluarga Malaysia, kita akan memastikan bahawa keperluan asas seperti air, elektrik dan sambungan internet dipenuhi untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam ucapan perasmian di Forum Khazanah Megatrends (KMF) 2021 dengan tema “The Invention of Tomorrow: Crafting Our New Collective Narrative”,yang diadakan secara maya hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Ismail Sabri, yang juga pengerusi Khazanah, memberi jaminan Bajet 2022, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober, akan menangani semua masalah fiskal semerta dengan kadar segera.

“Dan pada tahun ini, untuk pertama kalinya, kita sudah mengeluarkan Kenyataan Pra-Bajet untuk menyatakan hasrat bagi belanjawan dan kita juga sudah mengedarkan lima kertas konsultasi awam mengenai pelbagai isu pembaharuan struktural,” kata beliau.

Ismail Sabri berkata, Majlis Pemulihan Negara akan memainkan peranan utama dan aktif dalam memulihkan kesihatan dan kesejahteraan ekonomi negara.

“Kita akan mengambil pendekatan sosial yang luas dan inklusif untuk kebaikan Malaysia, menyusun strategi dan pelbagai taktik yang akan membawa kita keluar daripada kemelut pandemik kepada rancangan yang selamat dan mampan dalam menjalani kehidupan dengan senario Covid-19 endemik,” katanya.

Mengenai situasi Covid-19, Perdana Menteri berkata, Malaysia mesti bersedia untuk menerima hakikat bahawa negara tidak lagi dapat kembali kepada keadaan bebas ‘normal’ masa lalu.

“Kita akan melaksanakan dasar yang menggalakkan sikap dan tingkah laku yang diperlukan dalam senario ini.

“Rakyat Malaysia akan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, dipercayai untuk menjalankan tanggungjawab, dan sebagai balasannya, dapat menikmati penyambungan semula kegiatan sosial dan ekonomi – sejajar dengan laluan jelas yang telah ditentukan oleh strategi kerajaan,” katanya.

Mengenai konsep Keluarga Malaysia, Ismail Sabri turut menyaran rakyat Malaysia agar mempunyai sifat penyatuan dan saling menghormati.

“Hasrat kita mestilah semua rakyat Malaysia harus berusaha untuk kesejahteraan, keamanan ekonomi, peluang yang sama, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan, keadilan sosial dan saling menghormati.”

Ismail Sabri seterusnya menekankan bahawa sebagai sebuah keluarga – Keluarga Malaysia – keperluan paling mendesak di negara ini harus diselaraskan sepenuhnya.

“Ia seharusnya bukan persaingan politik, tetapi harus sebagai penyatuan dan kerjasama negara.

”Ini adalah kerajaan yang inklusif – semua pendapat akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Perdana MenteriRancangan Malaysia ke-12
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd