• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan Maut Jatuh Dari Tingkat 7

oleh Mohd Arshad
26/10/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai Keisha Nawrah Md. ditemukan orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut namun, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berumur 14 tahun dan adik lelaki berumur tujuh tahun di rumah.

“Ketika kejadian juga ibu bapa mangsa yang juga penjawat awam keluar bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati, mangsa berada di dalam bilik tidur seorang diri dan sedang belajar manakala, bilik berkunci dari dalam dengan keadaan jeriji tingkap tidak berkunci.

A. Asmadi berkata, sebaik ibu bapa mangsa pulang ke rumah, mangsa didapati tiada di dalam bilik dan mendapati keadaan tingkap terbuka sebelum menyedari orang ramai berkumpul di bawah bangunan.

“Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke bawah bangunan dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kritikal.

“Kami tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian manakala, pemeriksaan doktor mendapati, mangsa patah dua belah siku dan kaki kiri dan kecederaan lain akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya. – Utusan Online

Tags: kanak-kanakkuarters penjawat awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Tolak Vaksin, Tindakan Selepas 1 November

Next Post

Kerajaan Sedia SOP Kemasukan 32,000 Pekerja Asing Ladang Sawit

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

Identiti 3 Termasuk Kanak-Kanak Maut Terbalik Di Pulau Perhentian Dikenal Pasti

29/06/2025
0

Jertih: Tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian malam...

Next Post

Kerajaan Sedia SOP Kemasukan 32,000 Pekerja Asing Ladang Sawit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd