• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kalau Boleh Berkumpul Di Stadium, Kenapa Tak Kempen?” – Mahfuz

oleh Mohd Arshad
29/10/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELOK MAS – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan kekeliruan kaedah berkempen.

Dakwanya, ini kerana SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak jelas seterusnya menimbulkan pertikaian dalam kalangan parti politik.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) meletakkan syarat bahawa kalau negeri fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) contohnya, penonton boleh ke stadium menonton bola sepak sehingga 20,000 orang, jadi SPR nak pakai yang mana?

“Jadi, kalau ada (perlawanan) bola sepak dalam tempoh PRN ini dari segi (menurut SOP) KKM kata tak boleh.

“Rumah ke rumah tak boleh (pergi) tetapi bola sepak (penonton) boleh penuhi stadium.

“Ini perlu diberikan penjelasan.

“Maknanya SOP sebenarnya kita masih menanti dan SPR tidak boleh ambil masa begitu lama kerana kenyataan dibuat KKM menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

“Kalau katakan itulah SOP yang akan digunakan, semua program kerajaan di Melaka mesti dibatalkan sama ada Persekutuan ataupun kerajaan negeri.

“Tidak boleh ada sebarang bentuk program bersemuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas minum petang di Jeti Nelayan Telok Mas, di sini pada Khamis.

Dalam pada itu ujarnya, blok Pakatan Harapan (PH) sentiasa bersedia dengan perjalanan kempen norma baharu, namun berpendirian kempen secara konvensional tetap perlu dilaksanakan.

“Kita mesti gabungkan kaedah baharu dengan lama kerana kaedah itu tidak boleh dielakkan, yang mana hari mengundi masih menggunakan kaedah tradisional iaitu kena beratur, kena pangkah.

“Jadi bagaimana SPR atau kerajaan kata tak boleh (kempen) bersemuka? Ini perlu difikirkan, maknanya SPR ada SOP dia pada hari mengundi dan begitu juga dari sudut kempen ini saya percaya semua parti mahupun calon yang bertanding tidak mahu ada sebarang masalah terutamanya berkaitan COVID-19 dan akan kekal mematuhi SOP,” tambahnya lagi.

Selain itu, mengulas agihan kerusi bersama rakan parti dalam PH, beliau memaklumkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dikenal pasti dan jentera semua parti juga telah digerakkan untuk mencari kaedah-kaedah baharu dalam menyampaikan mesej kepada pengundi.

“Kita akan umum bila sampai masaya dan jentera juga telah diarahkan untuk merancang program supaya semua mesej yang ingin dibawa sampai kepada pengundi-pengundi.

“Esok akan ada pengumuman di Kuala Lumpur oleh Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pergerakan PH di Melaka ini serta banyak lagi aspek dan saya tidak mahu mendahului beliau,” tambahnya. – Astro AWANI

Tags: PRN MelakaSOP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd