• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Tolak Vaksin, Tindakan Selepas 1 November

oleh
26/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tempoh sehingga 1 November untuk mengambil tindakan terhadap guru yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia selaras dengan pengumuman Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini, bahawa semua penjawat awam harus patuh kepada pekeliling yang mewajibkan mereka melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini dan jika terus enggan, tindakan tatatertib akan diambil.

Menurutnya, sejak pengumuman itu ada guru yang sebelum ini enggan divaksin, kini sudah berubah fikiran dan bersetuju untuk menerima dos pertama.

“Berikutan pengumuman itu, senarai (guru yang enggan divaksin) kini turut berubah dan kita terus memantau perkembangan semasa.

“Paling penting sekarang ialah ia (guru enggan divaksin) boleh menjejaskan operasi sekolah dan tindakan segera perlu diambil termasuk menukar guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata, tindakan menukar guru itu perlu bagi memastikan pembelajaran murid tidak terjejas selain memastikan guru lain (yang lengkap vaksin) tidak terkesan.

“Sebagai contoh, bagi murid berkeperluan khas yang sememangnya sepanjang masa memerlukan guru berdamping dengan mereka.

“Jika ada kalangan guru itu (guru berkeperluan khas) enggan divaksin, tentu ia akan menjejaskan operasi sekolah, kerana kita berpegang kepada prinsip asas, iaitu jika tidak divaksin, tidak boleh mengajar secara bersemuka,” katanya.

Mengenai program imunisasi pelajar berusia 12 hingga 17 tahun, beliau berkata, secara keseluruhan kini sebanyak 80 peratus sudah menerima dos pertama malah ada negeri yang sudah berjaya mencapai 90 peratus.

“Pelajar Tingkatan 6 dan Tingkatan 5 sebahagian besarnya sudah lengkap vaksinasi dan kita berpuas hati apabila proses imunisasi berjalan lancar.

“Bagi vaksinasi untuk pelajar sekolah rendah, kita akur dengan apa sahaja keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ketika ini KKM menjelaskan tiada vaksin sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan jika sudah ada, KKM bersedia untuk memberi vaksin kepada golongan itu, kami akan bekerjasama penuh,” katanya.

Mengenai isu sekolah daif, beliau berkata, KPM perlu menyelesaikan perkara asas terlebih dahulu iaitu berkaitan status pemilikan tanah.

“Kita perlu menyelesaikan pemutihan tanah itu dahulu kerana selagi tanah itu tidak ditukar hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, kita tidak boleh membina bangunan sekolah di tanah terbabit.

“Begitu juga dengan isu sekolah yang perlu dibina baharu. Ketika ini ia bukan sahaja membabitkan sekolah yang struktur fizikalnya daif tetapi ada juga ada sekolah yang masih elok namun kerap berdepan masalah banjir selain berlaku pergerakan tanah di tapak sekolah itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: GuruKementerian Pendidikan Malaysiavaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd